Page 61 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 61
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air
BAB
5 Persekutuan Tanah Melayu 1948
Tanah Melayu. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
FOKUS TOPIK
Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.
• Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946 untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948.
Jawatankuasa Kerja terdiri daripada:
• Wakil Raja-raja Melayu – Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur, Dato’ Hamzah Abdullah, Haji Mohamad Sheriff
Osman dan Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud.
• Wakil kerajaan British – A.T. Newboult, K.K. O’ Connor, W.D. Godsall, Dr. W. Linehan, A. Williams dan D.C. Watherston.
• Wakil UMNO – Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin dan Haji Megat Yunus.
Cadangan Jawatankuasa Kerja
• Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat.
• Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.
• Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
• Menjaga kedudukan istimewa kaum Melayu dan kepentingan sah
kaum lain.
• Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran dan dua
buah Negeri-negeri Selat.
Gabungan PUTERA-AMCJA
• PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 dan mencadangkan
Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif.
Cadangan Perlembagaan Rakyat
• Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
• Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
• Perhatian khas diberi kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Tanah Melayu.
• Penubuhan Dewan Perundangan Pusat dan Majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh
• Warna merah dan putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.
• Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.
• Hal ehwal luar negeri dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.
• Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat
Majlis Mesyuarat.
• Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan
sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 70
05 Bab 5.indd 70 9/28/21 9:06 AM

