Page 26 - Praktis Hebat 2022 Tg 1 - Bahasa Melayu
P. 26

Bahasa Melayu  Ting. 1  Praktis 4  Penulisan


                Bahagian B      KARANGAN RESPONS TERBUKA


                  Panduan  Menjawab  Soalan  Karangan Respons Terbuka
                 Memilih Soalan
                   1.  Baca semua soalan yang dikemukakan.
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                   2.  Kenal pasti tema atau isu yang dikehendaki.
                   3.  Kenal pasti format karangan yang diperlukan.
                   4.  Ketepikan soalan-soalan yang sukar.
                   5.  Pilih  soalan  yang  tema  atau  isunya  dikuasai  oleh  murid  serta  murid  berupaya  untuk
                     mengembangkan isi dengan huraian dan contoh yang mantap.
                 Membina Rangka Karangan
                   1.  Rangka karangan sangat penting kerana dapat membantu murid menulis karangan dengan lancar.
                   2.  Rangka karangan juga dapat mengelakkan murid daripada menulis isi dan huraian yang berulang.
                   3.  Rangka karangan yang dibina hendaklah ringkas dan lengkap dengan penggunaan kata dan frasa.
                   4.  Rangka  karangan  ini  hendaklah  mempunyai  tiga  komponen,  iaitu  pendahuluan,  isi-isi
                     (perkembangan), dan penutup.
                 Menulis Karangan

                   1.  Karangan  yang  lengkap  bermula  dengan  pendahuluan,  diikuti  isi-isi  (perkembangan),  dan
                     diakhiri dengan penutup.
                   2.  Murid perlu menulis karangan dalam bentuk perenggan.
                     (a)  Perenggan pendahuluan:
                         •  Murid perlu membuat gambaran secara umum tentang tajuk.
                         •  Pendahuluan hendaklah ditulis secara ringkas.
                     (b)  Perenggan isi (perkembangan):
                         •  Setiap isi perlu ditulis dalam satu perenggan yang diikuti oleh huraian dan contoh.
                         •  Elakkan daripada mencampuradukkan beberapa isi dalam satu perenggan.
                         •  Setiap perenggan isi perlu mempunyai kesinambungan untuk memperlihatkan kesatuan
                           idea yang utuh dan mantap.
                     (c)  Perenggan penutup:
                         •  Murid  perlu  merumuskan  pendirian  atau  pendapat  tentang  tajuk  karangan  yang
                           dibincangkan.
                         •  Murid  tidak  perlu  mengulangi  isi  dalam  bahagian  penutup,  sebaliknya  menyentuh
                           secara umum sahaja.


              KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN RASMI

                  Panduan  Menjawab Karangan Surat Kiriman Rasmi
                   1.  Surat  kiriman  rasmi  ditulis  kepada  pihak  tertentu  seperti  pengurus  syarikat,  ketua  jabatan,
                     pemimpin, pengetua, dan guru.
                   2.  Surat  kiriman  rasmi  ditulis  untuk  tujuan  rasmi  seperti  membuat  permohonan,  aduan,
                     cadangan, rayuan, pesanan, dan pemberitahuan.

              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               66






         Praktis 4 Hebat PT3 BM Tg1.indd   66                                                          02/03/2022   9:44 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31