Page 27 - Praktis Hebat 2022 Tg 1 - Bahasa Melayu
P. 27

Bahasa Melayu  Ting. 1  Praktis 4  Penulisan

                     3.  Surat kiriman rasmi mestilah ditulis dengan menggunakan bahasa baku.
                     4.  Penggunaan bahasa kiasan atau berbunga-bunga dan singkatan perkataan tidak dibenarkan.
                     5.  Surat kiriman rasmi mempunyai format khusus yang mesti dipatuhi, iaitu:
                       (a)  Alamat penuh pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.
                       (b)  Garis panjang melintang di bawah alamat pengirim.
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       (c)  Nama  atau  jawatan  penerima  (jika  ada)  dan  alamat  penuh  penerima  ditulis  di  bawah
                            garisan melintang. Garisi alamat terakhir penerima.
                       (d)  Tarikh ditulis di sebelah kanan surat dan sebaris dengan alamat terakhir penerima. Nama
                            bulan ditulis dengan huruf besar. Bubuh tanda noktah selepas tahun.
                       (e)  Selang satu baris, tulis panggilan hormat penerima seperti Dato’, Datin, Tuan, dan Puan
                            di  bawah  alamat  terakhir  penerima.  Bubuh  tanda  koma  di  hujung  panggilan  hormat
                            penerima.
                       (f)  Selang satu baris, tulis perkara dalam huruf besar bagi setiap awal perkataan dan garis
                            perkara tersebut.
                       (g)  Mulakan  perenggan  pertama  dan  perenggan  terakhir  dari  tepi  surat.  Bagi  perenggan
                            kedua dan perengan-perengan lain, berikan nombor.
                       (h)  Selangkan  tiga  baris  dari  perenggan  terakhir.  Tulis  pengakuan  pengirim  di  sebelah  kiri
                            seperti Yang benar dan Yang menurut perintah. Bubuh tanda koma di akhir pengakuan
                            pengirim.
                       (i)  Bubuh tandatangan pengirim di bawah pengakuan tersebut.
                       (j)  Tulis nama penuh pengirim dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tandatangan.
                            Tulis jawatan dan persatuan yang diwakili oleh pengirim (jika ada) di bawah namanya.





                 LATIHAN 1

                Sebagai setiausaha persatuan penduduk, anda ditugaskan untuk menulis sepucuk surat kepada pihak
                berkuasa tempatan untuk membuat aduan tentang masalah sampah yang tidak diuruskan dengan baik
                sejak kebelakangan ini. Berdasarkan frasa yang diberikan, lengkapkan surat kiriman rasmi tersebut.
                Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.


                  •  akan membawa penyakit dalam kalangan penduduk
                  •  penduduk meletakkan sampah di sekeliling tong sampah
                  •  keselamatan penduduk terancam apabila melakukan aktiviti di luar rumah
                  •  sampah tidak dipungut mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu sekali sehari
                  •  sampah bertaburan dan lalat semakin membiak di kawasan perumahan ini
                  •  tidak  menyenangkan  penduduk  terutamanya  ketika  menyediakan  hidangan  dan  menikmati
                     makanan
                  •  mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pengurusan sampah di taman perumahan
                     kami



                                                             67                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         Praktis 4 Hebat PT3 BM Tg1.indd   67                                                          02/03/2022   9:44 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32