Page 8 - PBD Plus Ekonomi T4 (EG)
P. 8

Ekonomi  Ting. 4 KSSM  Bab 1  Pengenalan kepada Ekonomi

            SP 1.1.5  Menganalisis sesuatu situasi untuk menerangkan kos lepas
            SP 1.1.6  Menilai implikasi pilihan yang dibuat oleh individu, kerajaan atau masyarakat dari aspek kos lepas dengan menggunakan contoh

             6.  Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara Puan Dalila dan anaknya, Munirah.  TP 3   TP 4
                               Ibu, Munirah nak komputer riba   Tak boleh Munirah, duit ibu hanya
                               baharu. Sekarang ada promosi.   cukup untuk membeli televisyen baharu
                               Harganya RM1 200 sahaja.   berharga  RM1  200  juga.  Televisyen
                                                          lama dah rosak hampir enam bulan.
















               (a)  Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh unit ekonomi tersebut.

                   Puan Dalila menghadapi kekurangan  pendapatan.  Hanya memiliki  sebanyak RM1 200  sahaja.
               (b)  Bagaimanakah Puan Dalila membuat pilihan?

                   Puan Dalila akan memilih barang yang dapat memberikan  kepuasan  yang maksimum. Puan
                   Dalila memilih televisyen kerana memberikan kepuasan yang maksimum kerana televisyen lama
                   sudah rosak hampir selama enam bulan, lagipun televisyen boleh digunakan oleh semua orang
                   ahli keluarga.



               (c)  Berdasarkan jawapan anda di (b), jelaskan kesan pilihan yang dibuat oleh Puan Dalila.
                   Kepuasan daripada barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan iaitu komputer riba.





                    Cuba jawab   Praktis SPM K2, S1(c), m/s 25


             7.  Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi sebuah firma.  TP 3   TP 4
                 Pihak pengurusan Syarikat Zawiyah mencadangkan dua projek baharu untuk pembangunan
                 perniagaan syarikat  pada tahun  2018.  Projek-projek  yang dicadangkan merupakan  projek  pasar
                 raya di Rawang, Selangor dan pembinaan sebuah hotel lima bintang di Seremban, Negeri Sembilan.
                 Disebabkan kekangan kewangan, Lembaga Pengarah memutuskan untuk meneruskan projek hotel
                 dan menangguhkan projek pasar raya.

               (a)  Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh unit ekonomi tersebut.
                   Syarikat Zawiyah menghadapi kekurangan faktor pengeluaran / sumber ekonomi.



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               6      TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13