Page 9 - PBD Plus Ekonomi T4 (EG)
P. 9
Ekonomi Ting. 4 KSSM Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi
(b) Bagaimanakah syarikat tersebut membuat pilihan?
Syarikat akan memilih projek yang dapat memberikan keuntungan yang maksimum iaitu memilih
projek hotel kerana memberikan keuntungan yang maksimum.
(c) Berdasarkan jawapan anda di (b), jelaskan kesan pilihan yang dibuat oleh Syarikat Zawiyah.
Keuntungan daripada projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan iaitu projek pasar raya.
8. Perbualan di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan. TP 3 TP 4
Pemberita : Apa pelan pembangunan Yang Berhormat untuk membangunkan Bandar Mahkota?
Wakil rakyat : Terdapat tiga isu yang perlu diselesaikan dengan segera iaitu pembinaan jambatan
di Sungai Dalam bernilai RM80 juta, naik taraf jalan bernilai RM70 juta
dan pembinaan 6 blok bangunan tambahan untuk sekolah-sekolah di Bandar
Mahkota bernilai RM60 juta. Disebabkan kerajaan hanya meluluskan peruntukan
sebanyak RM100 juta, saya akan meluluskan projek pembinaan bangunan sekolah
dahulu.
(a) Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh unit ekonomi tersebut.
Kerajaan menghadapi kekurangan sumber hasil negara. Hanya memiliki sebanyak RM100 juta
sahaja.
(b) Bagaimanakah kerajaan membuat pilihan?
Kerajaan akan memilih projek pembangunan yang dapat memberikan kebajikan masyarakat yang
maksimum serta mampu dilaksanakan iaitu memilih projek pembinaan bangunan sekolah kerana
memberikan kebajikan masyarakat yang maksimum.
(c) Berdasarkan jawapan anda di (b), jelaskan kesan pilihan yang dibuat oleh kerajaan.
Kebajikan daripada projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan iaitu projek
pembinaan jambatan.
PAK-21
Bab 1
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

