Page 49 - Hybrid PBD 2022 Tg 4 - Pendidikan Islam
P. 49

Pendidikan Islam  Tingkatan 4  Pelajaran 22

                 PBD    6.15.3 Contoh Rasulullah SAW Bersikap Benar                            Buku Teks ms. 190
                 PBD
                  PBD
                  4.  Jelaskan contoh Rasulullah SAW bersikap benar yang perlu dihayati oleh setiap umat Islam.
                                                                                               SP 6.15.3    TP5

                          Contoh 1

                       Rasulullah  SAW  menyampaikan  wahyu  kepada  umat  manusia  dengan  bersifat  benar.
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                       Baginda  tidak  menokok  tambah  ayat  yang  disampaikan.  Ajaran  Islam  yang  disebarkan
                       bukan mengikut kehendak dan pendapat peribadi baginda kerana setiap tutur katanya
                       adalah berdasarkan wahyu.


                          Contoh 2


                       Rasulullah SAW sentiasa bersikap benar walaupun ketika bergurau senda. Baginda tidak
                       pernah bergurau dengan cerita-cerita palsu.





                 PBD    6.15.4 Hikmah Bersikap Benar                                           Buku Teks ms. 191
                 PBD
                  PBD
                  5.  Huraikan hikmah mengamalkan bersikap benar dalam setiap keadaan.   SP 6.15.4    TP6
                     (a)  Terpelihara daripada sifat munafik yang dibenci oleh Allah dan rasul-Nya.

                     (b)  Menenangkan hati kerana tidak berbuat dosa.

                     (c)  Menjadi contoh teladan kepada orang lain kerana maruahnya dipandang tinggi.


                  6.  Lakukan aktiviti di bawah.     TP6   KBAT  Memahami  GURU  Kuiz
                                                                     GURU

                              AKTIVITI                                       PAK-21     Perbincangan Bebas

                          (a)  Murid membuat aktiviti di dalam kumpulan.
                          (b)  Guru memberikan tajuk “Cara mengaplikasikan bersikap benar dalam kehidupan
                              seharian”.
                          (c)  Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai tajuk yang diberikan.
                          (d)  Guru pergi ke setiap kumpulan (satu per satu) untuk mendengar hasil perbincangan
                              yang telah dilakukan.




                   Kriteria Kejayaan:  ............................................................................................ .
                Saya berjaya:
                •  menjelaskan contoh bersikap benar yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
                •  merumuskan hikmah bersikap benar dalam setiap keadaan


                                                            123                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         20 HYBRID ISLAM TG4.indd   123                                                                29/10/2021   4:41 PM
   44   45   46   47   48   49   50   51   52