Page 11 - PBD Plus Ekonomi T5 (EG)
P. 11
Ekonomi Ting. 5 KSSM Bab 1a Peranan Kerajaan dalam Ekonomi
(d) Guna tenaga merupakan jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh sesebuah negara dalam
pengeluaran barang dan perkhidmatan .
(e) Penganggur pula ialah tenaga buruh yang sepatutnya bekerja tetapi tidak bekerja .
(f) Pengangguran merupakan suatu situasi di mana terdapat orang yang sanggup bekerja tetapi
tidak mempunyai pekerjaan.
(g) Guna tenaga penuh merujuk kepada keadaan di mana semua tenaga buruh digunakan
sepenuhnya dalam kegiatan ekonomi. Kadar pengangguran sebanyak 4% atau kurang disebut guna
tenaga penuh.
7. Maklumat di bawah berkaitan dengan tenaga buruh di Malaysia.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Tahun Bekerja (ribu orang) Penganggur (ribu orang) Kadar pengangguran (%)
2019 15 074.4 508.2 3.3%
2020 15 021.1 670.2 4.3%
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Tinjauan Ekonomi 2021
(a) Berapakah bilangan tenaga buruh Malaysia pada tahun 2019 dan 2020?
Tenaga buruh 2019 = 15 074.4 + 508.2
= 15 582.6 ribu orang
Tenaga buruh 2020 = 15 021.1 + 670.2
= 15 691.3 ribu orang
(b) Adakah negara mencapai guna tenaga penuh pada tahun tersebut? Jelaskan jawapan anda.
Malaysia mencapai guna tenaga penuh pada tahun 2019 kerana kadar pengangguran pada tahun
2019 adalah kurang daripada 4%, iaitu 3.3%. Malaysia tidak mencapai guna tenaga penuh pada
tahun 2020 kerana kadar pengangguran pada tahun tersebut ialah 4.3%, lebih daripada 4%.
TAhAP PEnguAsAAn 1 2 3 4 5 6 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

