Page 14 - PBD Plus Ekonomi T5 (EG)
P. 14
Ekonomi Ting. 5 KSSM Bab 1a Peranan Kerajaan dalam Ekonomi
1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Buku Teks ms. 13 – 18
Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
SP 5.1.3 Menjelaskan peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif
11. Nyatakan tiga cara kerajaan mengawal ekternaliti negatif dan eksploitasi pengguna.
(a) Pelaksanaan undang-undang dan peraturan
(b) Pemberian subsidi
(c) Pengenaan cukai
12. Maklumat berikut berkaitan dengan penetapan harga maksimum ayam dan telur dalam negara.
HARGA MAKSIMUM AYAM STANDARD, AYAM SUPER DAN TELUR AYAM DIKEKALKAN
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
SEHINGGA 30 JUN 2022
PUTRAJAYA, 2 Jun 2022 – Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun 2022 bersetuju harga
maksimum runcit Ayam Standard, Ayam Super dan Telur Ayam menerusi Penentuan Harga Maksimum
Ayam dan Telur Ayam dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022. Ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia
bersedia dengan perubahan harga apabila penentuan harga ini berakhir pada 30 Jun 2022 nanti.
Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam
ini telah dilaksanakan sejak 5hb. Februari 2022 dan sepatutnya berakhir pada 5hb. Jun 2022 di mana harga
maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia telah ditetapkan seperti berikut:
Ayam Bulat Standard: RM8.90/kg
Ayam Bulat Super: RM9.90/kg
Telur Ayam Gred A: RM0.43/biji
Telur Ayam Greb B: RM0.41/biji
Telur Ayam Gred C: RM0.39/biji
Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut
zon dan daerah.
Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari Berita KPDHEP
Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?
(a) Barang tersebut merupakan barang keperluan
(b) Untuk mengawalkan harga barang tersebut supaya peniaga menjual barang tersebut dengan harga
yang munasabah
13. Gambar di bawah menunjukkan keadaan kesesakan lalu lintas.
Bagaimanakah kerajaan membentung masalah tersebut?
(a) Menaikkan cukai ke atas kereta
(b) Mengetatkan syarat pembelian kereta
(c) Mengurangkan subsidi minyak
Cuba jawab Praktis SPm, K2, S2(c), (d), ms 19 – 20
PAK-21
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 TAhAP PEnguAsAAn 1 2 3 4 5 6

