Page 16 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 16

TEMA


               4                 Menjulang Harapan di Bumi
                                                        Bertuah



                                                                                    Buku teks ms: 43 – 56


                    Kemahiran Mendengar dan Bertutur
              SP 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna.
             Dengar petikan yang dibaca oleh rakan anda dengan teliti. Kemudian, susun maklumat yang
             didengar dengan betul.

               JASIN, 8 MAC – Kolam ternakan udang harimau di Kampung Sebatu, Sungai Rambai di sini, yang
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
               diusahakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diiktiraf antara projek terbaik di negeri ini.
               Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, potensi
               hasil ternakan itu dilihat mampu berkembang, sekali gus memberikan hasil lumayan kepada empat
               persatuan nelayan di Melaka yang terlibat dalam projek ini.

                   “Menerusi program di bawah Projek Khas Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Ternakan
               Udang  Dalam  Kolam  itu,  empat  persatuan  nelayan,  iaitu  Persatuan  Nelayan  Negeri  Melaka
               (PNNM), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Selatan, PNK Melaka Barat, dan PNK Jasin
               telah bekerjasama untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya selepas melepaskan 500 000
               benih udang harimau di Kolam Ternakan Udang Harimau LKIM Sebatu, di sini, hari ini. Datuk
               Seri Ahmad Hamzah yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah
               untuk memasarkan hasil ternakan berkenaan. Hal ini demikian kerana, udang harimau sentiasa
               mendapat permintaan tinggi daripada peniaga serta penggemar makanan laut.

                   Menurut beliau lagi, dengan keluasan 100 hektar, projek itu mempunyai empat fasa, iaitu
               fasa pertama berkeluasan 15 hektar, diikuti 30 hektar bagi fasa kedua, 18 hektar fasa ketiga, dan
               37 hektar bagi fasa keempat.
                           Dipetik dan diubah suai daripada ‘Udang Harimau LKIM di Sebatu Projek Terbaik’,
                                                   https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/681963/




               1   Kolam ternakan udang harimau di Kampung Sebatu, antara projek terbaik di negeri Melaka.
                   Hal ini demikian kerana, udang harimau sentiasa mendapat permintaan
               4
                   tinggi daripada peniaga serta penggemar makanan laut.
                   Program ini melibatkan Persatuan Nelayan Negeri Melaka (PNNM),
               2   Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Selatan, PNK Melaka Barat,
                   dan PNK Jasin.
                   Ahli Parlimen Jasin berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah
               3
                   untuk memasarkan hasil ternakan udang harimau.
                   Projek itu mempunyai empat fasa, iaitu fasa pertama berkeluasan
               5
                   15 hektar, diikuti 30 hektar fasa kedua, 18 hektr fasa ketiga, dan 37 hektar bagi fasa keempat.



              TAHAP PENGUASAAN  1  2  3  4  5  6          13                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21