Page 11 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 11

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Tema 2

                  Aspek Tatabahasa

            SP 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.
                                                                   Info             Info
           Baca petikan di bawah ini. Kenal pasti dan                   Kata             Pembelajaran
           senaraikan lima kata terbitan berdasarkan                    Terbitan         Sepanjang Hayat
           perenggan.

             Sejak Mac 2020, landskap pendidikan negara mula berubah. Pandemik COVID-19 yang melanda
             Malaysia dan seluruh dunia menyaksikan bidang pendidikan mengalami transformasi ke
             arah digital. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini sebenarnya telah lama dipraktikkan
             di negara-negara maju.
                 Kini, kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta termasuk
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
             sekolah-sekolah  di  Malaysia  beralih  pendekatan  menggunakan  kaedah  pengajaran  dan
             pembelajaran secara maya. Hal ini bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan
             dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.
                 Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai
             ruang yang banyak untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Google Classroom, Google Meet, dan
             Zoom. Bagi memastikan kaedah pembelajaran dalam talian yang berkesan, terdapat beberapa
             faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi
             secara interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, serta akses capaian teknologi yang maksimum.
             Dengan cara ini, murid dapat melalui proses pembelajaran yang berterusan di samping berupaya
             untuk meneroka pelbagai medium untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
                 Namun begitu, realitinya bukan semua murid mempunyai akses capaian Internet yang
             baik. Masih ada murid yang tinggal di pedalaman. Segelintir murid perlu membantu ibu bapa
             menguruskan aktiviti harian sepanjang tempoh PKP selain kediaman yang tidak selesa serta
             ketiadaan kemudahan telefon pintar dan aksesori.
                 Justeru, pendidik perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap pendidik
             perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan sepanjang
             proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan
             inklusif tercapai.


                   Dipetik dan diubah suai daripada ‘COVID-19 : Pembelajaran dalam Talian Suatu Keperluan
                               ke Arah Menuju Malaysia Maju’, https://www.astroawani.com/berita-malaysia



              Perenggan                                   Kata Terbitan

                  1          pendidikan      berubah        melanda      menyaksikan     dipraktikkan
                  2         kebanyakan       tempatan       termasuk        beralih     disampaikan

                  3           terdapat        talian      kepentingan    pembelajaran      capaian

                  4            melalui     pengetahuan      kediaman      berterusan    menguruskan
                  5           pendidik      menangani       tercapai      berhemah       ketinggalan



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               8          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3  4  5  6
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16