Page 4 - Pentaksiran Sumatif (2023) BM Th5
P. 4
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
A Aktiviti kemasyarakatan yang sentiasa C Puan Saodah tidak menjadi kera
disertai oleh Puan Saodah tidak sumbang kerana sentiasa mahu
menjadikannya kera sumbang di menyertai aktiviti kemasyarakatan di
taman perumahan tersebut. taman perumahannya.
B Oleh sebab tidak mahu menjadi kera D Puan Saodah akan menjadi kera
sumbang, Puan Saodah sentiasa sumbang jika tidak mahu menyertai
menyertai aktiviti kemasyarakatan di aktiviti kemasyarakatan di taman
taman perumahannya. perumahannya.
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Isnin, 28 Mac 2023
8:00 pagi
Murid-murid berkumpul di dalam dewan. Guru besar merasmikan program kesihatan bersempena
dengan Minggu Kesihatan di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2, Teluk Intan, Perak. Pegawai
Perubatan Klinik Kesihatan Teluk Intan menyampaikan ceramah. Topik ceramah adalah tentang
gaya hidup pada awal perkembangan remaja. Antara isu yang diketengahkan ialah e-rokok,
permainan dalam talian, dan media sosial yang banyak mempengaruhi kesihatan murid-murid
sekolah rendah.
9:00 pagi
Tayangan slaid tentang aktiviti kemahiran kesihatan diri diadakan di bilik yang dikhaskan. Tayangan
itu bertujuan untuk menunjukkan cara-cara penjagaan kuku dan rambut serta penjagaan kebersihan
mulut bagi menghilangkan nafas berbau. Semua murid berasa gembira kerana dapat memahami
penjagaan kebersihan diri dengan betul.
10:00 pagi
Tayangan video tentang kaedah pertolongan cemas juga disediakan untuk tontonan semua murid.
Peralatan asas pertolongan cemas diperkenalkan kepada murid-murid oleh petugas perubatan
yang bertugas. Kaedah asas pertolongan cemas seperti merawat luka kecil juga ditunjukkan
kepada murid-murid.
11:00 pagi
Pameran kesihatan juga diadakan untuk mendedahkan murid-murid tentang gaya hidup sihat dan
aktif. Peningkatan golongan obesiti dalam kalangan murid sekolah rendah menggusarkan semua
pihak. Oleh itu, pameran ini diharapkan dapat membantu murid-murid bergerak cergas supaya
terhindar daripada pelbagai penyakit kronik yang mula menyerang golongan muda kini.
12:00 tengah hari
Jamuan makan tengah hari disediakan oleh Katering Selera Utara. Pelbagai hidangan yang sihat
dan seimbang disajikan di kantin sekolah. Selain nasi putih dan daging tanpa lemak, terdapat sajian
lain juga, iaitu bihun sup ayam dan sayur campur yang menjadi kegemaran murid-murid di sini.
1:00 tengah hari
Program kesihatan yang diadakan pada hari ini tamat dengan jayanya. Murid dapat meningkatkan
pengetahuan tentang amalan kesihatan diri agar sentiasa bersih, ceria, selamat, dan sihat.
S1-3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 3 04/08/2022 7:43 AM

