Page 7 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Pendidikan Moral
P. 7
Pendidikan Moral Tingkatan 1 Unit 1
Tarikh: ............................
Modul
PBD SP: 1.1.5 Menunjuk cara perlakuan baik, benar dan patut Buku Teks ms: 3
PBD
PBD
5. Berdasarkan situasi berikut, nyatakan perlakuan baik, benar dan patut. TP3
Kamal merupakan pengawas sekolah. Semasa sedang meronda di sebuah blok bangunan pada waktu
rehat, dia ternampak dua orang rakannya, iaitu Kumar dan Hafiz sedang menggunakan telefon bimbit
di dalam kelas. Kamal melaporkan tindakan rakannya membawa dan menggunakan telefon bimbit
kepada guru disiplin. Kumar dan Hafiz mengakui kesalahan mereka. Guru disiplin telah mengenakan
hukuman terhadap mereka.
selepas kesalahan mereka dibuktikan.Bhd. All Rights Reserved
Perlakuan Contoh
Baik Tindakan Kamal melaporkan kesalahan Kumar dan Hafiz yang membawa dan
menggunakan telefon bimbit di kawasan sekolah kepada guru disiplin merupakan
perbuatan yang baik.
Benar Kumar dan Hafiz telah bercakap benar kerana mengakui kesalahan mereka membawa
dan menggunakan telefon bimbit di kawasan sekolah.
Patut Tindakan guru disiplin mengenakan hukuman kepada Kumar dan Hafiz adalah patut
Penerbitan Pelangi Sdn
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
PAK-21 Fan and Pick
Tajuk: Cara perlakuan baik, benar dan patut
Langkah-langkah:
1. Bahagikan kelas kepada empat orang dalam satu kumpulan.
2. Tulis empat situasi di bawah dalam empat kad yang berlainan.
Situasi 1: Anda tidak menyiapkan kerja sekolah.
Situasi 2: Anda ternampak dua orang rakan anda menconteng dinding tandas sekolah.
Situasi 3: Rakan-rakan anda membuat bising semasa guru tiada di dalam kelas.
Situasi 4: Anda terpandang seorang lelaki buta hendak melintas jalan.
3. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan. Setiap peranan dimainkan secara bergiliri-gilir.
Murid 1: Susun kad seperti kipas.
Murid 2: Pilih kad dan bacakan situasi.
Murid 3: Nyatakan cara perlakuan baik, benar dan patut berdasarkan situasi tersebut.
Murid 4: Berikan respons dan pujian kepada jawapan rakan.
Kriteria Kejayaan:
Saya berjaya:
• menunjukkan cara perlakuan baik, benar dan patut dalam sesuatu situasi dengan bimbingan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4
01-Hybrid P Moral Tg1.indd 4 14/09/2021 4:51 PM

