Page 8 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Pendidikan Moral
P. 8

Pendidikan Moral  Tingkatan 1  Unit 1

                                                                                                   Tarikh: ............................

                  Modul
                  PBD
                  PBD
                  PBD          SP: 1.1.5  Menunjuk cara perlakuan baik, benar dan patut                  Buku Teks ms: 3 – 4
                  6.  Berdasarkan dialog berikut, jelaskan tingkah laku baik, benar dan patut yang ada pada Kumar dan Chong.
                                                                                                                  TP4
                     Kumar:    Chong,  buku teks  Pendidikan  Moral saya telah hilang.
                               Cikgu telah memberikan satu tugasan dalam buku teks
                               tersebut. Bolehkah saya meminjam buku teks kamu?
                     Chong:    Boleh tetapi kamu mesti memulangkan buku teks
                               tersebut kepada saya pada esok hari.
                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                     Kumar:    Baiklah. Terima kasih.
                     Chong:    Sama-sama.


                          Pada keesokan harinya, Kumar terlupa untuk membawa buku
                     teks tersebut. Akibatnya, Chong telah didenda oleh guru. Kumar
                     berasa bersalah dan dia berjumpa dengan Chong untuk meminta
                     maaf.
                     Kumar:    Chong, saya minta maaf. Saya berasa bersalah melihat
                               kamu didenda oleh cikgu tadi.
                     Chong:    Walaupun saya berasa marah pada mulanya, tetapi saya
                               memaafkan kesalahan kamu kerana setiap orang tidak
                               terlepas daripada melakukan kesalahan.


                       Individu       Tingkah laku                                 Contoh
                     (a)  Kumar     Baik               Tindakan Kumar memberitahu Chong bahawa dia terlupa membawa
                                                       buku teks yang dipinjamnya secara jujur merupakan perbuatan yang
                                                       baik.

                                    Benar              Kumar telah bercakap benar kerana mengakui kesalahannya, iaitu
                                                       terlupa untuk membawa buku teks Pendidikan Moral milik Chong.


                                    Patut              Tindakan Kumar meminta maaf kepada Chong adalah patut kerana
                                                       dia terlupa membawa buku teks Pendidikan Moral milik Chong.


                     (b)  Chong     Baik               Tindakan Chong meminjamkan buku teks Pendidikan Moral kepada
                                                       Kumar merupakan perbuatan yang baik.


                                    Benar              Chong telah bercakap benar, iaitu dia berasa marah pada mulanya
                                                       apabila dia mengetahui bahawa Kumar terlupa membawa buku teks
                                                       Pendidikan Moral miliknya.

                                    Patut              Tindakan Chong memaafkan kesalahan Kumar adalah patut selepas
                                                       Kumar mengakui kesilapannya.


                     (Terima mana-mana jawapan yang munasabah)                         Praktis PdPR          Jawapan
                                                                                       Unit 1B               Praktis PdPR
                                                                                                             Unit 1B
                  Kriteria Kejayaan:
                Saya berjaya:
                •  mendemonstrasi perlakuan baik, benar dan patut dalam pelbagai situasi

                                                                   5                               © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





         01-Hybrid P Moral Tg1.indd   5                                                                           14/09/2021   4:51 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13