Page 4 - Britannica 1 - Dinosaur
P. 4

Coretan buat ibu bapa dan pelajar


                 Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                              Dahulu segala maklumat agak sukar diperoleh serta terbatas. Namun,
                         zaman  maklumat  di  hujung  jari  kini  memudahkan  pemerolehan  segala
                         informasi. Walaupun begitu, untuk memperoleh maklumat yang benar-
                         benar bermanfaat adalah sangat mencabar.

                              Encyclopædia Britannica ialah ensiklopedia yang paling berwibawa
                         di dunia. Ilmu pengetahuan dalam dunia manusia dibahagikan kepada 10
                         bidang. Ensiklopedia ini merangkumi pengenalan terperinci tentang pelbagai
                         bidang ilmu pengetahuan manusia, kisah tokoh-tokoh kontemporari dan
                         fakta penting sejarah. Oleh sebab itu, kewibawaannya diiktiraf dunia.


                              Siri komik ini berasaskan Britannica Learning Library  yang diterbitkan
                         oleh Encyclopædia Britannica, Inc. di Chicago, Amerika Syarikat. Komik ini
                         disusun dengan teliti mengikut sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah
                         dan menengah. Selain itu, maklumat dalam bentuk visual pula menunjukkan
                         kandungannya bebas daripada penerangan teks yang membosankan.
                         Komik ini turut melampirkan pelbagai pengetahuan di halaman maklumat
                         tambahan untuk memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Komik ini bukan
                         sahaja  menyediakan  pengetahuan, malahan
                         dapat memberikan keseronokan sepanjang
                         pembacaan.





                         Kelab Sains Sekolah Rendah
                         Korea Selatan



















         C5_BritannicaV1_P01-P07_INTRO_BM.indd   3                                           5/17/19   2:47 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9