Page 8 - Britannica 1 - Dinosaur
P. 8
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Profesor Ko
Pemburu fosil yang mencari dan mengkaji fosil
dinosaur. Ketika ke Mongolia untuk mencari fosil,
beliau bertemu dengan La Woon dan Mi Ki lalu
dibawa ke era Mesozoik oleh suatu kejadian aneh.
Semasa berada di sana, beliau banyak bercerita tentang
dinosaur kepada mereka.
La Woon
Seorang yang semberono dan sangat meminati
dinosaur. Dia mewakili Korea Selatan dalam Pertandingan
Dinosaur Kanak-Kanak Sedunia. Semasa menyertai
pertandingan tersebut, dia terjumpa pterosaur yang diberi
nama Coco secara tidak sengaja. Kemudian, mereka
memulakan pengembaraan ke dunia dinosaur.
Mi Ki
Rakan sekumpulan La Woon dalam Pertandingan
Dinosaur Kanak-Kanak Sedunia. Dia juga turut terjebak dalam
pengembaraan ke dunia dinosaur. Pada awalnya, dia sangat takut
apabila melihat dinosaur. Namun, akhirnya memberanikan diri
untuk menempuh pengembaraan yang penuh cabaran itu.
Coco
Anak Pteranodon, iaitu pterosaur yang hidup
pada tempoh Kapur. Dia menganggap La Woon
sebagai ibunya kerana La Woon orang pertama yang
dilihat sebaik sahaja menetas. Sangat rapat dan tidak
mahu berenggang dengan La Woon.
C5_BritannicaV1_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 5/17/19 2:47 PM

