Page 42 - PBD Plus P.Perakaunan T5 (EG)
P. 42
Prinsip Perakaunan Ting. 5 KSSM Modul 2 Rekod Tak Lengkap
KERTAS
1. Penentuan untung atau rugi bagi sebuah perniagaan yang mempunyai rekod tak lengkap boleh
dilakukan menggunakan Kaedah Perbandingan.
Jelaskan kaedah tersebut. [2 markah]
2. Saida, seorang peniaga yang tidak menyimpan rekod urus niaga dengan lengkap. Maklumat berikut
merupakan aset dan liabiliti perniagaan Saida.
1 November 20X9 31 Oktober 20X0
RM RM
Tunai di Tangan 230 168
Tunai di Bank 4 418 (330)
Akaun Belum Terima 23 780 31 642
Inventori 33 480 42 982
Lekapan 8 000 ?
Kenderaan 6 000 5 000
Akaun Belum Bayar 18 104 12 004
Belanja Prabayar – 144
Belanja Belum Bayar – 472
Maklumat tambahan:
(i) Ambilan sebanyak RM15 120.
(ii) Wang simpanan peribadi sebanyak RM5 600 telah dimasukkan ke dalam perniagaan.
(iii) Lekapan tambahan telah dibeli dengan harga RM4 000.
(iv) Lekapan hendaklah disusut nilai 10% setahun atas kos.
Anda dikehendaki:
(a) Menghitung modal pada 31 Oktober 20X0. [4 markah]
(b) Menyediakan Penyata Mengira Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Oktober 20X0. [5 markah]
3. Lutfi, seorang peruncit, merupakan pemilik Kedai Harian yang tidak menyimpan rekod perniagaannya
dengan lengkap. Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Harian.
24 April 20X9 23 Oktober 20X0
RM RM
Akaun Belum Terima 2 440 1 900
Akaun Belum Bayar 4 700 3 860
Diskaun Diterima 350 500
Diskaun Diberi 100 290
Premis 100 000 ?
Lekapan 5 000 6 200
Perabot 6 400 7 000
Inventori 18 500 15 470
Bank 6 770 10 400
Tunai 5 310 8 030
Gaji Belum Bayar 250 150
Komisen Belum Terima 100 200
Insurans Prabayar 350 150
Kadar Bayaran Belum Bayar 240 120
37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 PBD PLUS AKAUN TG5 1P.indd 37 20/12/2022 3:29 PM

