Page 47 - PBD Plus P.Perakaunan T5 (EG)
P. 47

Fokus KBAT






    IDEA     Kaedah Analisis

   Puan Bonnie telah menjalankan perniagaan menjual aksesori rambut di Taman Bahagia selama tiga tahun.
   Walau bagaimanapun, beliau tidak mengamalkan sistem perekodan yang lengkap. Maklumat berikut
   menunjukkan baki awal dan baki akhir tahun kewangan 2019.

                                                       1 Jan. 2019  31 Dis. 2019
                                                           RM           RM
                   Lekapan                              8 000          7 550
                   Perabot                              6 300           ?
                   Inventori                            2 820          2 530
                   Inventori Alat Tulis                    70            30
                   Bank                                 6 390           ?
                   Akaun Belum Terima                   2 330          2 800
                   Akaun Belum Bayar                    3 950          3 670
                   Utiliti Belum Bayar                    320           390
                   Insurans Prabayar                      –             280
                   Pinjaman (matang pada 31 Disember 2030)  10 000     8 500


                                      Buku Tunai (ruangan bank)
                                     RM                                    RM
                  Baki b/b          6 390  Pinjaman                       1 500
                  Modal             7 000  Utiliti                        1 430
                  Akaun Belum Terima   8 370  Alat Tulis                     360
                  Jualan            9 640  Perabot                        2 800
                                           Belanja Am                        420
                                           Akaun Belum Bayar              6 870
                                           Ambilan                           650
                                           Belian                         3 230
                                           Gaji                           2 280
                                           Akaun Belum Terima (cek tak layan)   1 110
                                           Insurans                       1 250
                                           Faedah Pinjaman                   400


   Maklumat tambahan:
   (i)  Sepanjang tempoh itu, pulangan jualan telah direkodkan sebanyak RM730.
   (ii)  Diskaun diterima daripada pembekal berjumlah RM260.
   (iii)  Faedah atas pinjaman dikenakan ialah 8% setahun.
   (iv)  Peruntukan hutang ragu hendaklah diwujudkan pada kadar 5% atas Akaun Belum Terima.
   (v)  Perabot baharu dibeli pada 1 Julai 2019. Semua perabot disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas kos.

   Anda dikehendaki membantu Puan Bonnie membuat analisis maklumat di atas bagi tujuan menyediakan
   Penyata Kewangan yang lengkap.







                                                                                   Enrolment key
                                                                                 akaUN*t5POt


   © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              42






 02 PBD PLUS AKAUN TG5 1P.indd   42                                                         20/12/2022   3:29 PM
   42   43   44   45   46   47   48