Page 8 - RANGER SPM PERNIAGAAN
P. 8

Perniagaan  SPM  Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
                   Perlindungan pengguna
                  •  Undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna digubal supaya pengguna
                    tidak ditindas oleh peniaga yang tidak beretika.
                  •  Matlamat umum penggubalan undang-undang adalah untuk:
                    –  Menjaga keselamatan pengguna dari aspek makanan dan ubat-ubatan.
                    –  Menjaga kesihatan pengguna dengan  memberi perlindungan kepada  pengguna supaya
                      dapat jauhi daripada tindakan perniagaan yang mengancam kesihatan pengguna.
                    –  Menjaga hak pengguna seperti mendapat ganti rugi jika barangan atau perkhidmatan
                      yang diperoleh bukan seperti yang dijanjikan.
                    –  Melindungi hak pengguna supaya mendapat alam sekitar yang bersih.

                   Pelepasan cukai                                                                  Tingkatan 4
                  •  Kerajaan  mewujudkan beberapa  pelepasan  cukai  dalam  sektor perniagaan  dengan
                    tujuan menggalakkan rakyat menceburi dalam sektor perniagaan.
                  •  Contoh pelepasan cukai ialah:
                          Jenis                              Huraian
                     Taraf perintis  Diberikan  kepada syarikat yang menyertai promosi oleh  kerajaan
                                     seperti pelancongan, industri teknologi maklumat, dan sebagainya.
                     Elaun cukai     Diberikan kepada syarikat yang menyuntik modal kepada perniagaan
                     pelaburan       berstatus MSC dan berasaskan bahan mentah tempatan.
                     Potongan cukai  Diberikan  kepada  syarikat  pengeksport  yang  menjual barangan
                                     tempatan (buatan Malaysia).

                     Pengecualian    Diberikan kepada syarikat berstatus MSC dalam industri teknologi
                     cukai           tinggi.

                     Elaun pelaburan   Diberikan kepada syarikat yang telibat dalam perniagaan:
                     semula          (a)  Pengeluaran makanan
                                     (b)  Pembinaan jalan
                                     (c)  Pembukaan tanah (untuk pembelian aset modal)




                     Info PERNIAGAAN
                   Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan pada 15 November 1999 yang bertujuan untuk
                   menyediakan saluran alternatif, selain mahkamah untuk pengguna membuat tuntutan
                   bagi sebarang kerugian yang ditanggung. Cara ini adalah lebih mudah, pantas, dan
                   melibatkan kos yang minimum.


                    (b)  Aspek kewangan
                        (i)  Peniaga atau usahawan memerlukan sumber pembiayaan yang mencukupi untuk
                           menjalankan perniagaan.
                        (ii)  Kerajaan berusaha untuk menangani isu dari aspek kewangan dengan baik
                           agar dapat membantu perkembangan ekonomi secara berterusan.


 PB                                                                                            33





       02.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   33                                                  16/06/2020   10:23 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13