Page 9 - RANGER SPM PERNIAGAAN
P. 9

Perniagaan  SPM  Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
                      (iii) Beberapa agensi ditubuhkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada
                         usahawan iaitu:









         Tingkatan 4         Rajah 2.1 Majlis   Rajah 2.2 Perbadanan      Rajah 2.3 TEKUN


                             Amanah Rakyat
                                                                              Nasional
                                                  Usahawan Nasional
                                (MARA)
                                                      Berhad
                  (c)  Aspek perkembangan aktiviti perniagaan
                      (i)  Apabila ekonomi  negara kukuh dan  stabil, perniagaan mudah berkembang
                         dengan  pesat  di mana permintaan terhadap tenaga pekerja tinggi  kerana
                         pertambahan aktiviti perniagaan dalam pelbagai sektor.
                      (ii)  Dalam memastikan ekonomi berada dalam keadaan stabil, kerajaan
                         menggunakan dua mekanisme penting iaitu dasar fiskal dan dasar kewangan.
                      (iii) Selain daripada itu, kerajaan turut melancarkan pelbagai usaha dalam aktiviti
                         promosi, latihan dan pembangunan serta penyelidikan dan pembangunan
                         melalui agensi-agensi khas yang ditubuhkan.





                 Aktiviti promosi
                Kerajaan Malaysia  berusaha  untuk mempromosikan  aktiviti  perniagaan Malaysia  supaya
                dapat dikenal oleh negara asing.

                  Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia  (MATRADE) telah  ditubuhkan  dan
                  memainkan peranan yang berikut:
                                       •  Mencari dan membangunkan pasaran baharu
                                       •  Menemukan pengeksport Malaysia dengan  pengimport
                                         dari negara asing
                                       •  Menerbitkan  dan mengedarkan maklumat  tentang
                                         perdagangan Malaysia
                                       •  Mempromosikan barangan keluaran sektor perindustrian
                                         Malaysia
                                       •  Mengeratkan perhubungan  perdagangan dengan  negara
                                         luar



                 Aktiviti latihan dan pembangunan
                •  Kerajaan Malaysia menganjurkan pelbagai  jenis  latihan dan kursus kepada  usahawan
                  demi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan.


         34                                                                                                                                                                                     35





       02.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   34                                                  16/06/2020   10:23 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14