Page 6 - Ranger PT3 Sejarah 2020
P. 6
Sejarah PT3 Tingkatan 1 Bab 2 Zaman Air Batu
2.1 Dunia Kita
1. Dunia merupakan tempat tinggal manusia dan menjadi habitat kepada berjuta-juta
hidupan yang lain.
2. Bumi telah melalui pelbagai perubahan yang memberi kesan terhadap:
(a) Iklim
(b) Cuaca
(c) Kedalaman lautan
(d) Hidupan yang ada
(e) Rupa bentuk fizikal
3. Kemajuan sains dan teknologi membantu manusia mengetahui sejarah yang berlaku
kepada bumi sejak jutaan tahun dahulu.
1
4. Pengetahuan dalam bidang kimia, arkeologi, geologi, fizik, dan paleontologi
membantu manusia membuat penyelidikan tentang perubahan yang berlaku kepada
bumi.
5. Usia bumi dianggarkan oleh ahli sains melebihi 4.6 bilion tahun dan telah mengalami
perubahan dari segi fizikal dan iklim.
6. Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi:
(a) Daratan – Terdiri daripada gunung, banjaran, bukit, tanah pamah, lembah, dan
sungai.
(b) Lautan – Merupakan kawasan air masin yang meliputi 71% bentuk muka bumi.
Terdiri daripada laut, selat, dan teluk.
7. Terdapat tujuh buah benua dan lima lautan di dunia.
Benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan, Benua Afrika, Benua
Benua
Asia, Benua Eropah, Benua Antartika, dan Benua Oceania.
Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Selatan, dan
Lautan
Lautan Artik.
PRAKTIS FORMATIF 2.1
1. Berapakah usia bumi?
KBAT
2. Bagaimanakah manusia mengetahui sejarah yang berlaku kepada bumi? KBAT
12 13

