Page 11 - Ranger PT3 Sejarah 2020
P. 11
Sejarah PT3 Tingkatan 1 Bab 2 Zaman Air Batu
2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir
1. Glasier telah mengubah bentuk fizikal bumi. Air batu yang cair dari tanah tinggi
dan gunung akan membawa batu dan tanah semasa menuruni tanah tinggi.
2. Lebihan air yang dibawa akan melimpahi ke kawasan laut. Kesannya berlaku perubahan
paras air laut dengan kedalaman 100 meter.
3. Kecairan air batu membentuk tasik air tawar seperti Tasik Dayang Bunting di 1
Malaysia dan Great Lakes di Kanada. Bentuk saliran sungai turut berubah kepada
bentuk yang wujud pada hari ini.
4. Kepupusan binatang yang hidup pada Zaman Pleistosen seperti mamot, sloth, dan
harimau bertaring.
5. Manusia perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim. Mereka
berhijrah dari Benua Afrika ke Benua Asia dan Benua Eropah. Penghijrahan ini
disebabkan suhu di Benua Asia dan Benua Eropah tidak lagi terlalu sejuk.
6. Iklim bumi berubah daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. Kegiatan radiasi
bumi yang berlaku daripada sinaran matahari menjadi penyebab utama peningkatan
suhu bumi.
PRAKTIS FORMATIF 2.5
1. Namakan dua binatang yang pupus pada Zaman Air Batu Akhir.
2. Terangkan maksud radiasi bumi.
2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di
Asia Tenggara
1. Kesan perkembangan Zaman Air Batu Akhir:
(a) Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda.
(b) Pergerakan manusia di sekitarnya.
2. Sejak 17 000 – 20 000 tahun dahulu, paras air laut naik antara 100 hingga 120
meter.
3. Ketika itu, Pentas Sunda merupakan daratan yang mempunyai kawasan tanah rendah
di antara pulau-pulau yang wujud pada hari ini.
16 17

