Page 12 - Ranger PT3 2022 Sains
P. 12
Sains PT3 Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
Peraturan dan Langkah Keselamatan di dalam Makmal
1. Langkah-langkah keselamatan di dalam makmal perlu dipraktikkan oleh semua murid
bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan.
2. Berikut adalah beberapa peraturan di dalam makmal:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru
• Dilarang membawa keluar bahan atau radas dari makmal
• Mulakan eksperimen dengan kebenaran guru
• Pakai kot makmal, sarung tangan dan kasut yang sesuai
semasa menjalankan eksperimen
• Cuci radas dan buang bahan kimia berlebihan dengan kaedah
1
yang betul
• Simpan semula radas dan bahan di tempat yang betul
selepas menjalankan eksperimen
• Pastikan kebersihan di dalam makmal dijaga sepanjang masa
• Laporkan sebarang kemalangan dan kerosakan peralatan
kepada guru dengan segera
3. Berikut adalah tindakan yang dilarang di dalam makmal:
• Mendekatkan peralatan elektrik dengan sumber air
• Mendekatkan bahan yang mudah terbakar dengan sumber api
• Menghidu atau merasa bahan kimia secara terus tanpa
kebenaran guru
• Menghalakan tabung uji yang sedang dipanaskan ke arah
diri sendiri atau rakan
• Bermain-main, berlari atau menyorok di dalam makmal
• Makan dan minum di dalam makmal
Kuiz
Kuiz
Kuiz
Kuiz
Bahan kimia toksik
atau beracun biasanya
dilupuskan melalui singki
makmal. Betul atau Salah?
6 7
01 Ranger sains PT3 Bab 1 Ting.1.indd 6 01/04/2022 9:04 AM

