Page 8 - Ranger PT3 2022 Sains
P. 8
Sains PT3 Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
1.1 Sains adalah Sebahagian daripada
Kehidupan Harian
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Apakah Sains?
1. Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan penyiasatan saintifik
terhadap semua benda atau fenomena semula jadi.
2. Fenomena semula jadi bermaksud peristiwa atau kejadian yang berlaku secara
semula jadi di alam ini.
1
Tumbesaran manusia Ribut taufan / tornado Percambahan biji benih Pasang surut air laut
Rajah 1.1 Contoh fenomena semula jadi
Kepentingan Sains dalam Kehidupan Harian
1. Pengetahuan dalam bidang sains membolehkan manusia memahami dan menyelesaikan
masalah berkaitan fenomena semula jadi yang berlaku.
2. Jadual 1.1 menerangkan tentang kepentingan sains terhadap manusia berserta contoh.
Jadual 1.1 Kepentingan sains dan contoh
Kepentingan Contoh
(a) Memahami diri sendiri, alam Kajian dalam bidang biologi dan kimia
sekitar serta mengagumi membantu kita memahami ciri-ciri benda hidup.
ciptaan Tuhan
(b) Menjadikan kehidupan lebih Rekaan dan penemuan baharu dapat menghasilkan
selesa dan mudah alatan elektrik yang memudahkan kerja harian
kita.
(c) Mereka cipta mesin-mesin dan Mesin automatik dan komputer membantu
menghasilkan pelbagai produk menyelesaikan kerja rutin dengan pantas.
(d) Komunikasi menjadi lebih senang Sistem telekomunikasi dua hala melalui telefon dan
dan cepat internet merapatkan hubungan antara manusia.
Bidang Sains dan Kerjaya
1. Sains boleh dibahagikan kepada beberapa bidang.
2. Jadual 1.2 menunjukkan penerangan tentang beberapa bidang sains serta kerjaya
yang boleh diceburi.
2 3
01 Ranger sains PT3 Bab 1 Ting.1.indd 2 01/04/2022 9:04 AM

