Page 5 - Q&A STPM EKONOMI ( PENGGAL 1.2.3 )
P. 5
Bab
2 Pasaran Barang dan Harga
Bahagian A Soalan Aneka Pilihan
2.1 Permintaan Penggal
Soalan 1 1
Jadual berikut menunjukkan kuantiti barang yang diminta pada pelbagai
tingkat harga.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
1 20
2 15
Fungsi permintaan barang itu ialah
A Q = 25 – 10P C Q = 30 + 5P
d
d
B Q = 25 – 5P D Q = 30 – 10P
d
d
Jawapan: B
Ulasan:
Hanya fungsi Q = 25 – 5P yang memenuhi kombinasi harga dan
d
kuantiti diminta seperti yang diberi dalam jadual.
Jika P = RM1, Q = 25 – 5(1) = 20
d
Jika P = RM2, Q = 25 – 5(2) = 15
d
Soalan 2
Yang manakah berikut akan mengalihkan keluk permintaan ayam ke
kiri?
A Harga ayam meningkat C Pendapatan pengguna merosot
B Harga daging meningkat D Kos menternak ayam meningkat
Jawapan: C
Ulasan:
Kemerosotan pendapatan pengguna mengurangkan kuasa beli
pengguna. Permintaan terhahap ayam menurun seperti yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan ayam ke kiri.
31
P1 BAB 2 EKONOMI.indd 31 4/29/19 2:35 PM

