Page 9 - Q&A STPM EKONOMI ( PENGGAL 1.2.3 )
P. 9

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 2 Pasaran Barang dan Harga
                Ulasan:
                   Pertambahan permintaan dan penawaran pasti menyebabkan kuantiti
                   keseimbangan bertambah tetapi harga mungkin naik, turun atau tidak
                   berubah bergantung kepada kadar pertambahan permintaan dan
                   penawaran.

                Soalan 9
                  Jadual berikut menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran
                  barang X yang terdiri daripada pengguna A dan B serta pengeluar P    Penggal
                  dan Q.
                                           Pengguna              Pengeluar
                    Harga/ unit (RM)                                                  1
                                       A (unit)  B (unit)   P (unit)   Q (unit)
                           0             75        100         0         35
                          1.00           70         98        10         40
                          2.00           65         96        20         45
                          3.00           60         94        40         50
                          4.00           55         92        60         55
                          5.00           50         90        80         60
                          6.00           45         88        100        65
                  Lebihan penawaran bagi barang X berlaku jika harga pasaran ialah
                  A  RM3.00                           C   RM5.00
                  B   RM4.00                          D  RM6.00

                Jawapan:  D
                Ulasan:
                   Keseimbangan pasaran tercapai pada RM5.00 apabila kuantiti
                   permintaan pasaran (50 + 90 = 140 unit) adalah bersamaan dengan
                   kuantiti penawaran pasaran (80 + 60 = 140 unit). Maka pada harga
                   melebihi RM5.00, lebihan penawaran akan berlaku kerana penawaran
                   pasaran melebihi permintaan pasaran.

                Soalan 10
                  Berikut  menunjukkan  fungsi  permintaan  dan  fungsi  penawaran  bagi
                  suatu barang.
                      Q  = 50 – 10P
                        d
                      Q  = -80 + 10P
                        S
                  Dengan Q  = Kuantiti diminta (unit)
                           d
                          Q = Kuantiti ditawar (unit)
                           S
                          P  = Harga (RM)
                                                35




         P1 BAB 2 EKONOMI.indd   35                                            4/29/19   2:35 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14