Page 17 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 3 Bahasa Melayu
P. 17
Bahasa Melayu Ting. 3 Praktis 1 Sistem Bahasa
Bahagian B OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK
Panduan Menjawab Soalan Objektif Pelbagai Bentuk
1. Baca arahan soalan yang dikemukakan dengan teliti.
2. Seterusnya, baca setiap ayat yang diberikan dengan teliti.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
3. Tulis jawapan yang betul sahaja pada ruang jawapan yang disediakan.
LATIHAN 1
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Musim tengkujoh telah tiba. Penduduk di kawasan rendah diminta untuk siap siaga bagi
menghadapi kemungkinan banjir.
(ii) Permohonan untuk menjadi suka relawan sukan antarabangsa itu akan dibuka dalam masa terdekat
ini.
(iii) Sebagai warga negara Malaysia, kita haruslah berusaha untuk mengekalkan keharmonian
dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita ini.
(iv) Anak-anak muda itu tertawa apabila mendengar lelucun Wak Karno, orang tua yang penuh
dengan pengalaman itu.
(ii) Pemantapan bahasa kebangsaan menjadi ajenda penting dalam usaha menyatupadukan rakyat di
negara ini.
15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PRAKTIS HEBAT PT3 BM TG.3 (2022).indd 15 18/02/2022 8:11 AM

