Page 19 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 3 Bahasa Melayu
P. 19
Bahasa Melayu Ting. 3 Praktis 1 Sistem Bahasa
(iii) Senarai nama peserta yang akan menyertai perkhemahan unit beruniform itu telah diserahkan
pada pengetua untuk diluluskan.
(iv) Kami dimaklumkan yang taman perumahan itu telah dilengkapi kamera litar tertutup bagi tujuan
keselamatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(v) “Anak saya akan berguru di Bukit Pancalusa,” kata Hang Kadim kepada bendahara.
LATIHAN 4
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Semua murid-murid dikehendaki supaya membawa buku catatan semasa menghadiri ceramah.
(ii) Syarikat korporat yang terkenal itu akan mengadakan hari keluarga untuk para pekerjanya di
minggu hadapan.
(iii) Puan Ainun mempelawa tetamu ke ruang makan untuk menikmati hidangan tengahari bersama-
sama keluarganya.
(iv) “Saya mahu projek itu dilaksanakan dengan segera untuk kebaikan rakyat,” titah tuanku sultan.
(v) Kertas kerja projek yang Syakir ketuai telah mendapat pujian daripada pengarah syarikat.
LATIHAN 5
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i) • Semua pemenang pertandingan itu berbaris di luar dewan.
• Semua pemenang pertandingan itu naik ke pentas untuk menerima hadiah.
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PRAKTIS HEBAT PT3 BM TG.3 (2022).indd 17 18/02/2022 8:11 AM

