Page 9 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku C Penulisan
P. 9
Model Soalan
Cuti persekolahan merupakan hal yang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.
Ceritakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid semasa cuti sekolah.
Kehendak Soalan: Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid semasa cuti sekolah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Jenis Karangan: Fakta
Contoh penulisan perenggan:
Pendahuluan:
Cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap murid. Lazimnya, tempoh
cuti persekolahan adalah panjang, terutama cuti pada akhir tahun. Pelbagai aktiviti yang
bermanfaat boleh dilakukan bersama-sama keluarga.
Isi:
Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga ialah melancong ke
tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara kita (Isi). Kita boleh memilih destinasi
percutian yang diidamkan, misalnya Melaka Bandaraya Bersejarah, Pulau Langkawi, Melaka,
Pulau Pinang, dan Pulau Tioman (Contoh). Oleh itu, kita dapat merehatkan minda dan
melepaskan stres setelah sekian lama penat bekerja atau belajar (Huraian/Kesan).
Penutup:
Kesimpulannya, kerjasama masyarakat amatlah diperlukan untuk membantu golongan
ini menjalani kehidupan (Cadangan). Keprihatinan masyarakat dapat mendorong mereka
mencipta masa depan yang lebih baik (Harapan).
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TM – 8
00 Tip Menulis Thn6.indd 8 17/02/2022 4:34 PM

