Page 7 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku C Penulisan
P. 7
Bahagian C Menulis Karangan
Panduan Umum
1. Bahagian ini menguji kemahiran murid menulis karangan menggunakan ayat yang gramatis
berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2. Soalan karangan terdiri dalam pelbagai bentuk, sama ada jenis karangan berformat atau tidak
berformat.
3. Setiap karangan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya enam perenggan yang terdiri
daripada pendahuluan, isi-isi, dan penutup.
4. Setiap idea yang dikemukakan hendaklah dihuraikan dan diberikan contoh yang sesuai sebagai
huraian/ pengembangan idea yang dikemukakan.
5. Pastikan penggunaan penanda wacana ada dalam karangan yang ditulis agar membentuk
struktur ayat yang gramatis dan menarik.
6. Murid hendaklah memilih satu soalan sahaja daripada dua soalan yang dikemukakan.
Kriteria Cemerlang
1. Baca dan fahami kehendak soalan serta kenal pasti jenis dan bentuk karangan supaya
menepati kehendak soalan.
2. Kemukakan idea yang bertepatan dengan kehendak soalan menggunakan kosa kata dan
struktur ayat yang menarik.
3. Berikan penekanan terhadap struktur ayat yang dibina di samping ejaan, imbuhan, dan tanda
baca yang betul dan tepat.
4. Struktur ayat yang disusun dengan tepat serta menarik mampu menghasilkan ayat yang
gramatis.
5. Minimumkan kesalahan, khususnya dalam aspek bahasa, seperti ejaan, tanda baca, dan
imbuhan.
6. Had bilangan patah perkataan hendaklah dipatuhi.
7. Karangan hendaklah ditulis dalam enam perenggan. Isi hendaklah dihuraikan dengan baik
berserta contoh yang sesuai.
8. Usah tinggalkan pendahuluan dan penutup dalam setiap karangan yang ditulis.
9. Seandainya soalan memerlukan format, pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang
betul dan tepat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TM – 6
00 Tip Menulis Thn6.indd 6 17/02/2022 4:34 PM

