Page 26 - PBD Plus RBT T1 (EG)
P. 26
Fokus KBAT
IDEA Mengubah suai Memuatkan Memanjangkan Inovasi
1. Rajah di bawah menunjukkan sebuah meja yang dimiliki oleh Encik Yusof. Encik Yusof mempunyai empat
orang anak. Dua orang anaknya tinggal di asrama sekolah. Beliau meminta bantuan anda untuk mengubah
suai meja makannya agar boleh memuatkan enam orang semasa cuti persekolahan dan empat orang semasa
ketiadaan dua anaknya di rumah.
Berdasarkan rajah tersebut,
(a) Lakarkan satu reka bentuk meja makan yang boleh menyelesaikan masalah Encik Yusof.
Terima lakaran meja murid yang dapat memuatkan enam orang
(b) Anda telah membantu Encik Yusof. Jelaskan jawapan anda.
Saiz meja yang boleh diubah daripada empat orang kepada enam orang. Ketika semua anak Encik
Yusof berada di rumah, Encik Yusof boleh memanjangkan saiz mejanya. Apabila dua orang anaknya
berada di asrama sekolah, Encik Yusof boleh mengembalikan saiz meja kepada saiz asal. Reka bentuk ini
dipanggil inovasi, iaitu mengubah suai produk yang sedia ada agar ia menjadi lebih baik, menarik, dan
menjimatkan serta mempunyai pelbagai fungsi.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
01 PBD Plus RBT Tg 1.indd 16 25/11/2022 11:46 AM

