Page 33 - PBD Plus RBT T1 (EG)
P. 33
RBT Tingkatan 1 Bab 4
SP 4.1.4 Memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk
Menilai
7. Jalankan aktiviti di bawah. TP 4 KBAT Mencipta KBAT
AKTIVITI PAK-21 Think-Pair-Share
(a) Bahagikan kelas kepada lima kumpulan.
(b) Guru mengemukakan soalan seperti yang berikut kepada ahli kumpulan.
Berikut adalah lakaran sebuah reka bentuk produk.
Depan Belakang
Berdasarkan rajah tersebut,
(i) Lakukan penambahbaikan pada lakaran tersebut.
(ii) Mengapakah perlunya penambahbaikan kepada rekaan sesebuah produk?
(iii) Sediakan borang penilaian pelanggan berdasarkan lakaran penambahbaikan tersebut.
Borang penilaian tersebut mestilah mempunyai enam soalan penilaian.
(c) Setiap ahli diberikan masa sebanyak 15 minit untuk berfikir secara individu.
(d) Kemudian, setiap murid dipasangkan dengan yang lain (jika bilangan tidak sekata, membenarkan 3
orang) untuk membincangkan jawapan pendapat mereka.
(e) Akhirnya, guru meluaskan perbincangan ke seluruh kelas dengan memanggil murid untuk
mengemukakan cadangan penyelesaian mereka.
Tip Penting
Kumpulan sasaran ditetapkan terlebih dahulu berdasarkan umur dan jantina.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 54 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
04 PBD Plus RBT Tg1.indd 54 25/11/2022 11:51 AM

