Page 10 - Pentaksiran Sumatif (2023) BM Tg2
P. 10

Bahasa Melayu  Tingkatan 2 Pentaksiran Sumatif 1
             2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
                cara-cara mengatasi tragedi anak-anak lemas. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
                100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
                asal petikan.


                  Keselamatan  ahli  keluarga  terutamanya  anak-anak  merupakan    tanggungjawab  ibu  bapa.  Ibu  bapa
                  menjadi  punca berlakunya  kemalangan  terhadap  anak-anak.  Pemantauan  ibu bapa menyebabkan
                  keselamatan anak-anak sentiasa terjamin. Kebiasaannya, ibu bapa akan mengisi masa cuti anak-anak
                  dengan  membawa  mereka  berkelah  di  tepi  pantai,  hutan  lipur, atau  bermain-main  di taman  tema.
                  Keseronokan anak-anak bermain, kadang-kadang berakhir dengan tragedi.
                      Beberapa nasihat dicadangkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk mencegah anak-anak daripada
                  lemas. Antaranya ialah tidak membiarkan anak-anak kecil mandi atau bermain air secara sendirian.
                  Sentiasa mengawasi anak-anak bermain di kolam atau di bilik air. Pastikan baldi atau bekas yang
                  menyimpan air sentiasa kosong. Ibu atau bapa mesti berada dalam keadaan yang amat hampir dengan
                  anak-anak jika mereka bermain di dalam kolam. Fokus kepada anak-anak dan jangan dilalaikan dengan
                  aktiviti lain seperti berbual-bual dengan rakan-rakan atau leka dengan telefon bimbit.
                      Pakar keselamatan menasihati ibu bapa agar mengajar anak-anak berenang seawal usia empat
                  tahun. Latihan berenang dapat mengurangkan risiko lemas di dalam air. Ibu bapa haruslah mengetahui
                  cara atau  kaedah menyelamat  jika berlaku  sesuatu yang tidak  diingini  kepada anak-anak  mereka.
                  Sekiranya ibu bapa memilih untuk beriadah di tepi pantai bersama-sama keluarga, mereka hendaklah
                  memilih tempat mandi-manda yang mempunyai khidmat pengawal pantai. Hal ini dapat memastikan
                  keselamatan anak-anak sentiasa terkawal. Seterusnya, anak-anak dinasihatkan supaya memakai jaket
                  keselamatan apabila berada di dalam air. Kesimpulannya, malang tidak berbau dan diharapkan ibu
                  bapa lebih proaktif agar mampu mengurangkan tragedi yang boleh meragut nyawa anak-anak mereka.










































                                                      S1 – 9                     © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   01 Pen Sumatif.indd   9                                                                       04/08/2022   3:16 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15