Page 7 - Pentaksiran Sumatif (2023) BM Tg2
P. 7
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Pentaksiran Sumatif 1
2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pembuangan sisa-sisa toksik di dalam sungai menyebabkan flora dan fauna musnah.
(ii) Kerja-kerja penyelenggaraan pendawaian elektrik di mini stadium tersebut sedang giat dijalankan.
[2 markah]
3. Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1
Ragut atau tindakan merampas harta benda milik orang lain seperti beg tangan, rantai emas, dan
telefon bimbit merupakan suatu jenayah. Jenayah ini perlu dipandang serius kerana akibatnya bukan
sahaja melibatkan kerugian dan kecederaan, bahkan kematian.
Faktor desakan hidup sering dikaitkan sebagai punca berlakunya masalah ini. Jenayah ini sering
dilakukan oleh golongan muda, khususnya penganggur serta penagih dadah yang terdesak untuk
mendapatkan wang. Selain itu, faktor kelekaan dan ketidakpekaan masyarakat tentang jenayah jalanan
turut menjadi punca jenayah ini. Perbuatan mempamerkan barang perhiasan seperti barang kemas,
beg tangan, dan telefon bimbit boleh mengundang padah, terutamanya di tempat-tempat yang sering
menjadi sasaran peragut. Kesedaran tentang jenayah ragut ini penting demi menjaga keselamatan
kita di tempat awam.
(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 2, Kementerian
Pendidikan Malaysia)
Petikan 2
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang terbaharu abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada
unsur penipuan, pencuri maklumat, penggodam sistem dan penyebaran fitnah, serta penularan berita-
berita palsu. Selain itu, kes-kes ugutan dan penipuan kewangan melibatkan ribuan ringgit. Penjenayah
menggunakan modus operandi yang berbeza-beza kepada setiap mangsa. Kebanyakan mangsa terdiri
daripada remaja dan orang dewasa.
Penjenayah siber menggunakan taktik yang licik. Orang ramai yang leka akan terperangkap
dan menjadi mangsa dengan kerugian wang yang banyak. Sikap pengguna Internet yang sering
mendedahkan maklumat peribadi sewenang-wenangnya di laman-laman sosial akan memudahkan
penjenayah siber mengatur helah dan tipu daya bagi mendapatkan keuntungan. Perbankan Internet
dengan kata laluan yang tidak kukuh dan kealpaan pengguna menyebabkan wang mereka lesap
disebabkan oleh permainan penjenayah siber ini.
Dengan itu, pengguna-pengguna Internet diingatkan agar berhati-hati dan berwaspada dengan
ancaman siber yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Jangan terlalu leka terhadap media sosial
sehingga memuat naik gambar-gambar, aktiviti-aktiviti seharian, dan sebagainya. Pastikan peralatan
elektronik yang digunakan tidak mudah digodam oleh penjenayah siber.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Laman Sesawang Jenayah Siber’)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1–6
01 Pen Sumatif.indd 6 04/08/2022 3:16 PM

