Page 48 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Sejarah
P. 48
Tamadun Dunia dan Sumbangannya
BAB
4 Mengenali Tamadun
FOKUS TOPIK
Maksud Tamadun
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bahasa Huraian
Yunani Perkataan civitas bermaksud bandar atau kota. Tahap kemajuan yang dicapai dalam bidang kebudayaan,
sains, industri dan sistem kerajaan.
Inggeris Perkataan civilisation, iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang paling maju merangkumi
pengetahuan, seni, kepercayaan, moral, undang-undang, adat dan kebolehan.
Arab • Mudun, Madain dan Madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
• Hadharah bermaksud kawasan, daerah, kota, bandar, kampung, dan kawasan yang digunakan untuk
bercucuk tanam.
• Hadari bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh
kekayaan.
Melayu Suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan dan
perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, politik dan budaya yang tinggi.
Konsep Tamadun
Tokoh Pandangan
Ibn Khaldun • Karyanya, Muqqadimah memperkenalkan konsep umran dan hadharah.
• Hadharah meliputi aspek akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan
peradaban.
• Madaniyyah merujuk kepada aspek kebendaan dalam kehidupan dan
bersifat umum kepada semua manusia.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas • Tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai
taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya.
• Karya beliau ialah Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Historical
Fact and Fiction.
Arnold J.Toynbee • Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem
politik, ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan.
• Karya beliau ialah A Study of History.
• Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
melalui pencapaian ilmu dan teknologi, ekonomi, politik, kemasyarakatan
serta petempatan.
Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia
Pertanian dan perdagangan Teknologi
Sistem pemerintahan Tulisan dan penyimpanan rekod
Agama dan kepercayaan Kesenian dan kesusasteraan Pembentukan bandar
Organisasi sosial Pengkhususan pekerjaan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 44
04 Hybird PBD Sej Ting 1.indd 44 27/09/2021 10:37 AM

