Page 52 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Sejarah
P. 52

Sejarah  Tingkatan 1  Bab 4

                7.  Lengkapkan petikan berikut.      SP 4.1.2    TP2


                                (a)  Konsep tamadun menurut pandangan Barat digunakan bagi menggambarkan tahap
                                    sesuatu   masyarakat   atau    budaya     yang kompleks.

                                (b)  Masyarakat  bertamadun  diukur  melalui  pencapaian  ilmu  dan   teknologi   ,
                                        ekonomi     , struktur politik, kemasyarakatan dan petempatan di kawasan
                                    perbandaran.

                                (c)  Tamadun dikaitkan dengan pembangunan      lahiriah    terutamanya dalam aspek
                                      kebudayaan    seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran.
                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.


                8.  Sudut pandangan yang manakah anda setuju tentang konsep tamadun?
                  (a)  Berikan hujah anda.      SP 4.1.2     TP5    KBAT  Menganalisis
                       Pada pendapat saya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian dalam bentuk

                       pembandaran atau pembinaan kota tetapi  mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah,

                       tatasusila dan moral. Sekiranya manusia hanya mementingkan pencapaian lahiriah, maka akan lahirlah
                       manusia yang memiliki akhlak yang buruk dan membentuk masyarakat yang tidak bermoral. Kita

                       hendaklah mementingkan pencapaian lahiriah dan rohaniah supaya menjadi manusia yang berjaya dan
                       memiliki akhlak yang mulia.

                       (Mana-mana jawapan yang munasabah)
                  (b)  Pada pendapat anda, apakah kesan jika manusia hanya mementingkan pencapaian lahirah dalam
                      kehidupan?      SP 4.1.2     TP5    KBAT  Menilai
                       Memiliki akhlak yang buruk.

                       Mengamalkan perbuatan tidak bermoral.

                       Kes jenayah dan gejala sosial berleluasa.
                       Melahirkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

                       Menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.
                       Menempuh zaman kegelapan kerana tiada petunjuk dalam kehidupan.

                       (Mana-mana jawapan yang munasabah)
                                                                                                          Jawapan
                                                                                     Praktis PdPR
                9.  Lakukan aktiviti berikut.      SP 4.1.2     TP5                  Bab 4                Praktis PdPR
                                                                                                          Bab 4
                          AKTIVITI                                                            PAK-21     Bual TV

                          (a)  Guru bertindak sebagai Pengacara TV (host).
                         (b)  4 orang murid dipilih menjadi ahli panel yang akan membicarakan tajuk:
                               “Konsep Tamadun dari Sudut Pandangan Islam dan Barat”
                         (c)  Murid lain akan mengemukakan soalan kepada ahli panel.
                         (d)  Guru akan membuat kesimpulan dan rumusan tentang tajuk.
                          (e)  Hasil perbincangan dibuat dalam bentuk laporan.

                Kriteria Kejayaan:  .............................................................................................
              Saya berjaya:
              •  menjelaskan konsep tamadun mengikut pandangan Islam dan Barat
              •  menyatakan pendapat Ibn Khaldun, Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Arnold J.Toynbee

              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                      48





         04 Hybird PBD Sej Ting 1.indd   48                                                                      27/09/2021   10:37 AM
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57