Page 57 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Sejarah
P. 57
Sejarah Tingkatan 1 Bab 4
B
1. Tamadun merupakan proses meningkatkan kemajuan kehidupan manusia menjadi lebih baik dan selesa.
Buku
Teks (a) Jelaskan maksud tamadun dalam bahasa berikut:
ms.
76–77
(i) Yunani
Berasal daripada perkataan civitas yang bermaksud bandar atau kota. Tahap kemajuan dalam
kehidupan masyarakat yang dicapai dalam bidang kebudayaan, sistem kerajaan, sains dan
industri.
[2 markah]
(ii) Inggeris
Disebut civilisation, iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling
maju. Tahap pembangunan tersebut merangkumi pengetahuan, kesenian, kepercayaan, moral,
undang-undang, adat dan kebolehan manusia atau organisasi.
[2 markah]
(b) Terangkan maksud perkataan berikut:
(i) Hadari
Tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.
[1 markah]
(ii) Hadharah
Kawasan, daerah, kota, bandar, kampung dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
[1 markah]
(iii) Madaniyyah
Aspek kebendaan dalam kehidupan dan bersifat umum kepada semua manusia.
[1 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan kehidupan manusia berubah?
Kehidupan manusia berubah adalah untuk membina kehidupan yang lebih baik. Manusia
berusaha mendapatkan keselesaan dalam kehidupan. Nilai kreatif dan inovatif manusia menyebabkan
manusia menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling. Kebijaksanaan manusia untuk
memanfaatkan sumber alam.
[3 markah]
2. Konsep tamadun meliputi semua pencapaian kehidupan masyarakat dalam bidang sosial dan budaya serta
Buku pemikiran.
Teks
ms.
80, 82 (a) Nyatakan tiga ciri tamadun awal dunia.
(i) Teknologi / Organisasi sosial / Agama dan kepercayaan
(ii) Pertanian dan perdagangan / Pembentukan bandar / Pengkhususan pekerjaan
(iii) Tulisan dan penyimpanan rekod / Sistem pemerintahan / Kesenian dan kesusasteraan
[3 markah]
53 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
04 Hybird PBD Sej Ting 1.indd 53 27/09/2021 10:37 AM

