Page 16 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 4 - Penulisan
P. 16

Penulisan Tahun 4  Bahagian C


                                   Surat Kiriman Rasmi




               Model Soalan dan Jawapan


           Mutu perkhidmatan bas awam di kawasan tempat tinggal kamu tidak memuaskan. Sebagai ketua
           penduduk, kamu diminta untuk membuat aduan tentang perkara tersebut.
           Tulis  sepucuk  surat  kepada  pihak  syarikat  bas  yang  berkenaan  untuk  mengadukan  masalah
           tersebut.
           Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.



           No. 6, Taman Salak Perdana,
           49000 Sepang,
           Selangor Darul Ehsan.




           Pengurus,
           Syarikat Perkhidmatan Bas Maju Jaya,
           49000 Sepang,
           Selangor Darul Ehsan.                                                         18 MAC 2020.
           Tuan,

           Mutu Perkhidmatan Bas Awam yang Tidak Memuaskan

           Saya  mewakili  penduduk  Taman  Salak  Perdana,  Sepang  ingin  membuat  aduan  tentang  mutu
           perkhidmatan bas awam yang tidak memuaskan.
           2.   Hal ini demikian kerana, bas sering lewat tiba serta tidak mengikut jadual perjalanan yang
           telah ditetapkan. Hal ini menyulitkan urusan penduduk di taman ini untuk ke suatu tempat.
           3.   Selain itu, bas daripada syarikat tuan juga tidak diselenggara dengan baik. Ada daripada
           kalangan penumpang yang terpaksa berdiri kerana tempat duduk yang rosak. Kerosakan ini perlu
           dibaiki dengan segera kerana dapat membahayakan penumpang.

           4.   Saya berharap agar pihak tuan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan bas di kawasan
           ini. Penduduk di kawasan ini akan terus menggunakan perkhidmatan bas daripada syarikat tuan
           sekiranya mutu perkhidmatan ditambah baik.

           Sekian, terima kasih.
                                                  Tip
                                                  Tip
           Yang benar,
                Hafizal                            Patuhi  format  penulisan  surat  kiriman  rasmi  untuk
                                                   mengelakkan pemotongan markah.
           (HAFIZAL BIN AHMAD)                     Elakkan penggunaan bahasa yang berbunga-bunga dan
           Wakil penduduk,                         bahasa kiasan.
           Taman Salak Perdana.


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               26






      C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd   26                                                            22/07/2021   1:52 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21