Page 20 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 4 - Penulisan
P. 20
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Model Soalan dan Jawapan
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu telah berkunjung ke Fiesta Belon Udara Panas
Antarabangsa Ke-12. Kamu ingin menceritakan pengalaman kamu kepada sahabat pena kamu.
Tulis sepucuk surat kepadanya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
36, Lintang Pondok Upeh,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
28 Mac 2020.
Ke hadapan sahabatku, Naufal di Johor Bahru.
Apa khabar saudara? Saya berharap agar saudara sejahtera selalu. Saya sekeluarga di sini
sihat sahaja. Bagaimanakah percutian saudara pada cuti persekolahan yang lalu? Saya berharap
agar saudara gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan.
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan keluarga telah berkunjung ke Fiesta Belon Udara
Panas Antarabangsa Ke-12 yang diadakan di Putrajaya. Fiesta itu sangat meriah dengan kehadiran
pengunjung.
Saya dan keluarga berpeluang untuk menaiki belon udara panas. Pada mulanya, saya berasa
gayat, tetapi setelah beberapa lama berada di udara, saya mula berasa teruja. Saya tidak berasa
takut kerana belon udara panas yang kami naiki diterbangkan oleh juruterbang profesional.
Untuk pengetahuan saudara, sebanyak 20 buah belon udara panas diterbangkan semasa
fiesta itu berlangsung. Belon udara panas itu diterbangkan oleh juruterbang berpengalaman dari
14 buah negara. Saya berharap agar saudara juga dapat merasai pengalaman menaiki belon
Tip udara panas.
Sekian sahaja untuk kali ini. Sambutlan salam saya untuk saudara sekeluarga.
Sahabatmu,
Haziq
Tip
Tip
Patuhi format penulisan surat kiriman tidak rasmi untuk mengelakkan pemotongan markah.
Gunakan kata panggilan hormat yang sesuai seperti saudari, saudara, kakanda, bonda, ayahanda,
dan nenda.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 30 22/07/2021 1:52 PM

