Page 6 - Syok Praktis PBD (2023) Tatabahasa TH6
P. 6
Tatabahasa Tahun 6 Kata Sendi Nama
Praktis 3
Garisi jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
1. Kita haruslah berusaha dengan sedaya upaya untuk mempertahankan negara (dari /
daripada / untuk) ancaman musuh.
2. Semasa cuti sekolah yang lalu, kami dibawa oleh ayah melawat (ke / di / pada) tempat-
tempat menarik di Putrajaya.
3. Kempen ini dapat menyedarkan masyarakat (akan / untuk / tentang) kepentingan menjaga
kebersihan alam sekitar.
4. Urus setia program Minggu Bahasa itu menampalkan tentatif program itu (ke / pada /
kepada) papan kenyataan.
5. Drama yang diarahkan (oleh / dengan / daripada) pengarah muda itu mendapat sambutan
yang hangat.
6. “Kamu haruslah mengambil iktibar (dari / dengan / daripada) peristiwa itu,” kata Cikgu
Halim kepada Nurul.
Praktis 4
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.
Pada pagi itu, Abang Badri seperti dipaksa-paksa sekolah. Sejak semalam, dia
sudah berniat untuk ponteng sekolah, tetapi dia membatalkan hasratnya setelah teringat
pesanan ibu.
“Badri, kita orang susah. Ayah kamu sudah meninggal dunia. Belajarlah
bersungguh-sungguh supaya kamu dapat mengubah nasib kamu. Hanya pelajaran yang
dapat membantu kamu masa depan,” kata ibu.
“Baiklah, ibu. Saya akan mengingati pesanan ibu itu,” jawab Abang Badri dengan nada
yang syahdu.
Pagi itu, sebelum ke sekolah, ibu menghulurkan sebuah tabung buluh Abang
Badri.
“Ibu tiada hadiah istimewa untuk Badri atas kejayaan Badri dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Tetapi di dalam tabung ini ada sedikit wang simpanan
yang ibu kumpulkan kegunaan Badri,” kata ibu.
“Terima kasih, ibu,” kata Abang Badri sambil mencium tangan ibu. Dia langsung tidak
menduga akan menerima hadiah itu ibu.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24
21-56 Tatabahasa Th6.indd 24 11/08/2022 5:30 PM

