Page 7 - Syok Praktis PBD (2023) Tatabahasa TH6
P. 7

7                                Kata Tanya






              SYOK      Belajar

                                    Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
                                    Contohnya,  mengapa,  berapa,  bila,  dan  bagaimana.  Sekiranya  kata
                                    tanya  dikedepankan,  maka  kehadirannya  hendaklah  disertai  partikel
                                    -kah. Partikel -kah tidak perlu disertakan apabila kata tanya terletak pada
                                    akhir ayat. Murid-murid juga perlu mengakhiri ayat tanya dengan tanda
                                    tanya (?).



              Murid-murid  juga  harus  tahu  bahawa  ada  tiga  bentuk  kata  ganti  nama
              yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana yang
              digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.




                 Kata              Penggunaan                          Contoh Ayat
              apa         bertanya  tentang  perkara,  •  Nama kampung kamu apa?
                          benda, atau tempat             •  Apakah yang dilakukan oleh mereka itu?

              bila        bertanya  tentang  masa  atau  •  Kamu hendak ke Pulau Perhentian bila?
                          waktu                          •  Bilakah ayah akan pulang?
              siapa       bertanya tentang orang         •  Nama sepupu kamu siapa?
                                                         •  Siapakah yang menconteng dinding ini?
              mana        bertanya  tentang  tempat,  •  Rumah awak di mana?
                          benda, atau orang              •  Ke manakah Gopal pergi?
              berapa      bertanya tentang jumlah atau  •  Harga baju ini berapa?
                          bilangan                       •  Berapakah jumlah bola di dalam bakul itu?
              mengapa     bertanya  tentang  sebab  atau  •  Kalian tiba lewat mengapa?
                          punca                          •  Mengapakah kamu bersedih?
              bagaimana bertanya  tentang  cara,  sifat,  •  Keadaan ibu kamu bagaimana?
                          keadaan, atau suasana          •  Bagaimanakah kamu membuat rak ini?

               Kesilapan Lazim


                                  Salah                                    Betul

                  1.  Bila hari sukan sekolah akan diadakan?   1.  Bilakah hari sukan sekolah akan diadakan?
                   2. Nama kucing kamu siapa?               2. Nama kucing kamu apa?
                   3. Ibu kelihatan amat bimbang mengapakah?  3. Ibu kelihatan amat bimbang mengapa?




                                                       25                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   21-56 Tatabahasa Th6.indd   25                                                                11/08/2022   5:30 PM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12