Page 22 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Fizik
P. 22
Fizik SPM Bab 2 Daya dan Gerakan I
2. Graf tempoh, T melawan jisim, m.
T / s
0.70
0.60
0.50
0.40
Bab
Bab
2
0.30 m / g
0 10 20 30 40 50 60 70
Rajah 2.48
Perbincangan:
1. Dari graf tempoh lawan jisim yang dilukis didapati bahawa semakin besar jisim beban, semakin
besar tempoh ayunan bilah gergaji.
2. Hal ini juga bermaksud, semakin besar jisim suatu objek, semakin besar inersianya. Oleh itu
hipotesis diterima.
Kesimpulan:
Apabila jisim sesuatu objek bertambah, semakin susah untuk mengubah keadaan kedudukannya sama
ada pegun atau bergerak. Hal ini bermaksud inersia sesuatu objek bertambah dengan pertambahan
jisimnya.
Langkah berjaga-jaga:
Tempoh ayunan ialah satu nilai yang sangat kecil dan sukar diukur dengan jitu secara terus. Oleh itu,
masa diambil untuk 10 ayunan lengkap diukur dan nilai ini dibahagikan dengan 10 untuk menentukan
masa untuk satu ayunan lengkap, iaitu, tempoh. Kaedah ini akan meningkatkan kejituan pengukuran
masa.
Pengukuran masa diulangi dan nilai purata diambil untuk mengurangkan ralat rawak.
Hukum Gerakan Newton Pertama 4. Suatu objek yang bergerak dengan halaju
seragam akan tetap bergerak dengan halaju
1. Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatakan seragam sepanjang garis lurus. Daya luar mesti
dalam hukum gerakan Newton pertama. ditindakkan ke atas objek bagi mengubahkan
keadaan itu.
2. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan
bahawa sesuatu objek akan kekal dalam 5. Hukum gerakan Newton ditemui oleh Sir Isaac
keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun Newton (1642 – 1727). Beliau telah menulis
atau keadaan gerakan dengan halaju seragam sebuah buku ‘Philosophiae Naturalis Principia
jika tiada daya luar bertindak ke atas objek Matematica’ yang menjadi asas kepada bidang
itu. mekanik. Buku ini juga menerangkan banyak
hukum yang penting, termasuk hukum gerakan
3. Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Newton I, II, dan III.
Satu daya luar diperlukan untuk menggerakkan
objek itu.
38
02 SPM FIZIK F4 new.indd 38 22/11/2019 12:31 PM

