Page 27 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Fizik
P. 27

Fizik SPM  Bab 2 Daya dan Gerakan I
           I   Perlanggaran tak kenyal
          Kaedah:
                       Jangka  masa  Pita
                       detik       detik  Troli A      Troli B
                                                Plastisin
                                                                        Landasan  terpampas
                                                                        geseran


                       Bekalan  kuasa  Penyokong
                       a.u. 12 V
                                                  Rajah 2.58
            1.  Radas disusunkan seperti dalam Rajah 2.58.
            2.  Satu hujung landasan troli dinaikkan sehingga landasan ini terpampas geseran. Apabila keadaan   Bab
              ini tercapai, troli yang diberi sedikit sentuhan akan bergerak menuruni landasan dengan halaju   2
                                                                                           Bab
              seragam yang dapat dikesan melalui pita detik yang ditarik bersama.
            3.  Troli A dan B ditimbang dan jisim m 1  dan m 2 , masing-masing direkodkan.
            4.  Jangka masa detik dihidupkan dan troli A diberi sedikit tolakan supaya bergerak ke arah troli B.
            5.  Troli  A akan berlanggar dengan troli  B dan kedua-dua melekat serta bergerak bersama-sama
              menuruni landasan troli.
            6.  Pita detik itu dianalisis untuk menentukan halaju troli sebelum perlanggaran,  u dan halajunya
              selepas perlanggaran, v. Nilai-nilai ini direkodkan.
            7.  2 troli lain ditimbang dan eksperimen diulangi dengan
              (a)   1 troli berlanggar dengan 2 troli yang pegun,
              (b)   2 troli berlanggar dengan 1 troli yang pegun, dan
              (c)   3 troli berlanggar dengan 1 troli yang pegun.
          Keputusan:
                                                  Jadual 2.5
                     Sebelum perlanggaran                        Selepas perlanggaran
                                      Jumlah        Jisim troli
            Jisim troli,  Halaju,                                  Halaju,     Jumlah momentum,
             m 1  / kg  u / m s –1  momentum,       (m 1  + m 2 )   u / m s –1  (m 1  + m 2 ) v / kg m s –1
                                    m 1 u / kg m s –1  / kg
               1                                    1 + 1 = 2
               1                                    1 + 2 = 3
               2                                    2 + 1 = 3
               2                                    3 + 1 = 4
          Kesimpulan
          Jumlah momentum sistem sebelum dan selepas perlanggaran adalah sama. Oleh itu, hipotesis diterima.
           II   Perlanggaran kenyal
          Kaedah:
                       Jangka  masa  Pita
                       detik       detik
                                       Troli A  Rod berspring
                                                         Troli B        Landasan  terpampas
                                                                        geseran


                       Bekalan  kuasa  Penyokong
                       a.u. 12 V
                                                  Rajah 2.59



                                                                                              43






  02 SPM FIZIK F4 new.indd   43                                                               22/11/2019   12:31 PM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32