Page 30 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Fizik
P. 30
Fizik SPM Bab 2 Daya dan Gerakan I
Eksperimen 2.1
Eksperimen 2.3
Eksperimen 2.1
Tujuan: Menunjukkan jumlah momentum dalam sistem tertutup adalah malar bagi kes letupan
Masalah: Dalam kes letupan seperti belon yang dipegang dan kemudian dilepaskan, jumlah
momentum awal adalah sifar. Adakah jumlah momentum selepas belon itu dilepaskan
juga adalah sifar?
Hipotesis: Jumlah momentum sistem sebelum letupan adalah sama dengan selepas letupan.
Pemboleh ubah:
• dimanipulasikan : Momentum sebelum letupun
Bab
Bab
2 • bergerak balas : Momentum selepas letupan
Radas dan bahan: Neraca tiga alur, 4 buah troli, 2 buah blok kayu, sebatang penukul, dan pembaris
meter
Kaedah:
Penukul
Blok kayu Blok kayu
Picu
A B
d d
1 2
Troli
Rajah 2.64
1. Radas disusunkan seperti dalam Rajah 2.64.
2. Troli A dan B disusun bersentuhan dan sebaris dengan dua buah blok kayu pada kedua-dua
hujung.
3. Apabila picu diketuk dengan penukul, spring yang dimampatkan dalam troli A dilepaskan dengan
melancarkan rod daripadanya supaya troli A dan B dipisahkan dan bergerak pada arah yang
bertentangan.
4. Kedudukan kedua-dua blok kayu dilaraskan supaya troli-troli itu berlanggar dengan blok kayu
pada masa yang sama.
5. Jarak gerakan troli itu, d 1 dan d 2 diukur dan direkodkan.
6. 2 troli lain ditimbang dan eksperimen diulangi dengan
(a) 1 troli bersentuhan dengan 2 troli, dan
(b) 1 troli bersentuhan dengan 3 troli.
Keputusan:
1. Oleh kerana troli-troli berlanggar dengan blok kayu pada masa yang sama, magnitud halaju
gerakan adalah berkadar langsung dengan jarak.
46
02 SPM FIZIK F4 new.indd 46 22/11/2019 12:31 PM

