Page 50 - Focus SPM 2022 - Fizik
P. 50
Fizik SPM Bab 2 Daya dan Gerakan I
Bahagian B
4. Apabila mereka bentuk sebuah kereta mainan kawalan jauh, beberapa faktor perlu dipertimbangkan. Hal ini
termasuk masa tindak balas dan daya rintangan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
i
n
g
k
a
t
Rajah 4.1 T
a
n
Takrifan: 4
Masa tindak balas: Masa antara tekanan suis alat kawalan jauh dan permulaan pergerakan kereta
mainan dari rehat.
Daya rintangan: Jumlah semua daya yang menentang gerakan kereta mainan itu. Ini termasuk geseran
antara tayar kereta dengan jalan raya dan rintangan udara.
(a) Nyatakan satu kesan daya. [1 markah]
(b) Dalam perlumbaan jarak pendek, sebuah kereta biasanya memecut daripada rehat sehingga ke garisan
penamat. Lakarkan satu graf yang menjelaskan keadaan ini dan terangkan bagaimana pecutan dan
jarak diperoleh daripada graf itu. [4 markah]
(c) Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri empat buah kereta mainan kawalan jauh, P, Q, R dan S, yang mengambil
bahagian dalam satu perlumbaan berjarak 50 m.
Jadual 4
Kereta Masa tindak balas / s Jisim / kg Tujahan enjin / N Daya rintangan / N
P 0.25 1.6 10.5 3.8
Q 0.45 2.0 12.8 2.6
R 0.20 1.2 7.0 2.4
S 0.55 1.8 15.4 5.6
Berdasarkan jadual di atas;
KBAT (i) Terangkan kepentingan setiap ciri di atas dalam pembinaan sebuah kereta mainan kawalan jauh.
F
(ii) Dengan menggunakan formula, t = Masa tindak balas + 100 m , tentukan kereta manakah yang
akan menang dalam perlumbaaan 50 m itu. [10 markah]
(d) Rajah 4.2 menunjukkan sebuah kereta Q diletakkan di atas sebuah landasan yang bersudut condong
30° dari garis mengufuk.
Super
30°
Rajah 4.2
Dengan menggunakan maklumat berkenaan kereta Q di Jadual 4,
(i) deduksikan bahawa kereta itu akan bergerak ke atas landasan condong itu,
(ii) tentukan pecutan kereta itu di atas landasan condong itu. [5 markah]
65
02 SPM FIZIK F4 new.indd 65 29/01/2021 8:02 AM

