Page 14 - Focus PT3 2020 - Sains (BM)
P. 14

Sains PT3  Bab 2  Sel Sebagai Unit Asas Hidupan

                 Aktiviti 2.2
                 Aktiviti 2.2
              Eksperimen 2.1
              Eksperimen 2.1
                  T
      T
      i
            Tujuan: Mengkaji struktur sel tumbuhan dengan menggunakan sel
                  i
                  n
      n
            epidermis bawang.                                                               Sisik
      g
                  g
      k
                  k
                                                                                            bawang
                  a
      a
                  t
      t
            Bahan dan radas: Bawang, larutan iodin, air suling, kertas turas, slaid
      a
                  a
      1     kaca, penutup kaca, mikroskop cahaya, penitis, jarum tenggek, skalpel   Lapisan epidermis
      n
                  n
            dan forseps.
            Prosedur:
              1.  Satu lapisan epidermis dalam dikeluarkan daripada sisik bawang
                 dengan menggunakan skalpel dan forseps.
              2.  Lapisan epidermis diletakkan ke dalam titisan air di atas sekeping
                 slaid kaca.
              3.  Penutup kaca diturunkan secara perlahan-lahan ke atas slaid kaca
                 dengan menggunakan jarum tenggek, supaya tiada gelembung udara           Lapisan
                 terperangkap di dalam slaid.                                             epidermis
              4.  Setitik larutan iodin dititiskan pada satu hujung penutup kaca
                 dan sehelai kertas turas diletakkan di hujung penutup kaca yang            Jarum
                 bertentangan  untuk  menarik  larutan  iodin  supaya  mewarnakan           tenggek
                 keseluruhan sel epidermis bawang.
                                                                                        Penutup kaca
              5.  Larutan iodin dan air yang berlebihan diserap dengan menggunakan
                 kertas turas.
              6.  Slaid sel bawang diperiksa menerusi kuasa rendah mikroskop cahaya
                 dan diikuti dengan kuasa tinggi.
              7.  Sel epidermis bawang dilukis dan dilabelkan.
            Pemerhatian:                                                   Rajah 2.7  Penyediaan slaid
                                                                              sel epidermis bawang
                                                        Membran sel
                                                        Dinding sel
                                                                                Koleksi Tip
                                                        Nukleus
                                                        Sitoplasma        Semasa melakukan
                                                        Vakuol            penyiasatan sel, larutan
                                                                          metilena sering digunakan
                                     Rajah 2.8  Sel epidermis bawang      untuk mewarnakan sel haiwan
                                                                          manakala larutan iodin
            Perbincangan:                                                 digunakan untuk mewarnakan
              1.  Larutan iodin mewarnakan  nukleus  sel bawang kepada warna   sel tumbuhan.
                 merah keperangan supaya struktur sel bawang dapat dilihat dengan
                 jelas.
              2.  Sel bawang mempunyai bentuk yang tetap.                                 TIMSS 2
              3.  Struktur sel bawang yang boleh dilihat menerusi mikroskop cahaya   Namakan dua struktur sel yang
                 ialah dinding sel, membran sel, sitoplasma, nukleus dan vakuol.  hanya dapat dijumpai di dalam sel
              4.  Sel bawang tiada kloroplas. Hanya sel tumbuhan yang menjalankan   tumbuhan tetapi tiada di dalam
                 fotosintesis mempunyai kloroplas.                       sel haiwan.

            Kesimpulan:
            Sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap, nukleus, membran sel, dinding sel, sitoplasma dan vakuol.




              32





      02 Focus PT3 Sains Tg1.indd   32                                                             09/10/2019   10:46 AM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19