Page 17 - Focus PT3 2020 - Sains (BM)
P. 17

Sains PT3  Bab 2  Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
             Jenis dan Fungsi Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

               1.  Manusia, haiwan dan tumbuhan merupakan organisma            INFO            T           T
                                                                                INFO  SAINS
                  multisel yang besar dan memerlukan pelbagai jenis sel yang                   i           i
                                                                                                           n
                                                                                               n
                  berlainan untuk menjalankan proses hidup.                                    g           g
                                                                                 Badan kita mempunyai      a
                                                                                               k
                                                                                                           k
               2.  Setiap jenis sel mempunyai saiz, bentuk dan struktur yang     lebih daripada 50 trilion   t
                                                                                               a
                                                                                               t
                                                                                                           a
                                                                                               a
                  berbeza untuk menjalankan fungsi tertentu. Sel-sel ini dikenal   (50 000 000 000 000) sel.  n
                                                                                               n
                  sebagai sel khusus.                                                                      1
                 Sel khusus ialah sel yang telah membeza dan disesuaikan untuk melaksanakan fungsi khusus.
               3.  Rajah 2.13  dan 2.14  menunjukkan  beberapa  jenis  sel  manusia  dan sel  tumbuhan  yang  telah
                  disesuaikan strukturnya untuk menjalankan fungsi masing-masing.
                         Sel saraf                                           Sel epitelium
                         •  Juga dikenal sebagai neuron.                     •  Sel epitelium        Silia
                         •  Mempunyai gentian yang                             yang melapisi
                           panjang dan halus yang                              permukaan trakea
                           berfungsi membawa maklumat                          (saluran yang
                           dalam bentuk impuls saraf ke                        membawa udara
                           seluruh badan.                                      ke peparu) mempunyai sel
                                                                               panjang bersilia.
                                                                             •  Melitupi seluruh badan dan
              Sel darah merah                                                  melindungi organ badan.
              •  Berbentuk
                cakera
                dwicekung                                                  Sel darah putih
                dan tidak                                                  •  Berbentuk tidak tetap.
                bernukleus.                                                •  Berfungsi
              •  Mengandungi hemoglobin                                      mempertahankan badan
                yang berfungsi untuk                                         daripada serangan
                mengangkut oksigen dari                                      penyakit dengan
                peparu ke seluruh badan.                                     menghapuskan agen yang
              •  Mengangkut karbon                                           menyebabkan penyakit, iaitu
                                                                             bakteria dan virus dalam badan.
                dioksida dari sel badan ke
                peparu untuk disingkirkan
                semasa penghembusan.
                                                                           Sel pembiakan
              Sel otot                                                     •  Sperma, iaitu sel pembiakan
              •  Sel otot pada dinding                                       lelaki mempunyai ekor yang
                usus berbentuk                                               panjang untuk berenang ke
                gelendong manakala                                           arah ovum, iaitu sel pembiakan
                sel otot pada jantung                                        perempuan.
                bercabang-cabang.                                          •  Sperma berfungsi membawa
              •  Mengecut dan                                                bahan genetik lelaki manakala
                mengendur bagi                                               ovum
                menyebabkan                                                  berfungsi
                pergerakan.                                                  membawa
                                                                             bahan
                                                                             genetik
                                                                             perempuan.  Sperma  Ovum

                                   Rajah 2.13  Pelbagai jenis sel khusus manusia dan fungsinya



                                                                                                   35





      02 Focus PT3 Sains Tg1.indd   35                                                             09/10/2019   10:46 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22