Page 20 - Ranger PT3 2022 Islam
P. 20

PELAJARAN   1                      Mukmin yang Bertakwa





           Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                                  Tilawah Al-Quran





                     1.1    Ayat Bacaan dan Hafazan














                   (Surah al-Baqarah: 1 – 5)
                   Maksudnya: Alif, Lam, Mim [1]. Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (datangnya daripada Allah
                   SWT dan tentang kesempurnaannya), menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa [2]. Iaitu orang yang beriman
                   kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang
                   Kami berikan kepada mereka [3]. Dan juga orang yang beriman kepada (kitab al-Quran) yang diturunkan kepadamu
                   (Muhammad SAW), dan kitab yang diturunkan sebelum daripadamu, serta mereka yakin (dengan sepenuhnya) akan
                   (adanya) hari akhirat [4]. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah
                   orang yang berjaya [5].




                     1.2    Inti Sari Ayat



                    1.  Al-Quran merupakan  satu  mukjizat yang  diturunkan  oleh  Allah
                      SWT kepada  junjungan-Nya  Nabi  Muhammad  SAW untuk
                      membimbing dan membawa umat manusia ke arah jalan yang benar.
                    2.  Tiada sebarang syak dan keraguan terhadap isi kandungannya. Kitab
                      al-Quran adalah  sumber rujukan  dan panduan  kepada  mereka  yang
                      bertakwa.
                    3.  Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan dan kebahagiaan
                      di dunia mahupun di akhirat.
                    4.  Mereka ialah  orang yang beriman  kepada  perkara-perkara       Memahami
                                                                                        surah
                      ghaib, kitab-kitab Allah SWT, hari akhirat, mendirikan solat      al-Baqarah
                      dan membelanjakan harta ke jalan Allah SWT.               VIDEO   ayat 1-5



                                                        1 1





         01.1 RANGER PT3 ISLAM.indd   1                                                     22/03/2022   3:35 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25