Page 23 - Ranger PT3 2022 Islam
P. 23
PELAJARAN 2 Memohon Kebahagiaan Hakiki
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tilawah Al-Quran
2.1 Ayat Bacaan dan Hafazan
(Surah al-Baqarah: 201)
Maksudnya: Dan antara mereka ada yang (berdoa dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di
dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka”.
2.2 Inti Sari Ayat
1. Dalam ayat 201 surah al-Baqarah, Allah SWT menyeru hamba-Nya, iaitu orang
mukmin agar berdoa memohon kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
2. Antara doa yang boleh dipohon untuk kebaikan di dunia termasuklah kesihatan
yang baik, rezeki yang berkat, kediaman yang selesa dan keluarga yang bahagia.
Manakala kebaikan di akhirat seperti memperoleh keampunan dan keredaan Allah
SWT.
2.3 Konsep Doa dalam Kehidupan Mukmin
1. Doa ialah memohon kepada Allah SWT akan sesuatu yang
diharuskan syarak. Status
2. Orang mukmin digalakkan agar selalu berdoa sebagai satu usaha doa
untuk memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. INFO
3. Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam.
Antara tujuan berdoa termasuklah:
(a) Sebagai satu usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
(c) Memperoleh ketenangan dan ketenteraman jiwa.
(d) Mengelakkan diri daripada terus kecewa dan berputus asa
apabila sesuatu usaha mengalami kegagalan.
(e) Mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
4 4
01.1 RANGER PT3 ISLAM.indd 4 22/03/2022 3:35 PM

