Page 26 - Ranger PT3 2022 Islam
P. 26
PELAJARAN 3 Maha Suci Allah SWT
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tilawah Al-Quran
3.1 Ayat Bacaan dan Hafazan
(Surah al-Baqarah: 255 – 257)
Maksudnya: Allah SWT, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup lagi kekal selama-
lamanya mentadbir (sekalian makhluk) yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Dia memiliki segala yang ada di
langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberikan syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan
izin-Nya. Yang mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui
sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah SWT melainkan apa-apa yang Allah SWT kehendaki (memberitahu
kepada mereka). Luasnya kursi Allah SWT (ilmu dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi. Dan tiadalah menjadi
keberkatan kepada Allah SWT menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat
kemuliaan-Nya) lagi besar (kekuasaan-Nya). [255] Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguh-Nya
telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak mempercayai taghut, dan
dia pula beriman kepada Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada simpulan (tali agama) yang
teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [256] Allah SWT
pelindung (yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan
(kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang kafir, penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka daripada
cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [257]
3.2 Inti Sari Ayat
1. Ayat 255 hingga 257 surah al-Baqarah menjelaskan tentang:
(a) Allah SWT menguasai dan mentadbir alam mengikut kehendak dan kebijaksanaan-
Nya.
7 7
01.1 RANGER PT3 ISLAM.indd 7 22/03/2022 3:35 PM

