Page 21 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Kimia
P. 21

Kimia Tingkatan 4  Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
          4.  Perwakilan isotop boleh ditulis dalam beberapa bentuk.
             Contoh: Unsur uranium, U mempunyai dua jenis isotop.
             Isotop pertama: uranium-235 atau U-235 atau  235 U
                                                     92
             Isotop kedua: uranium-238 atau U-238 atau  238 U
                                                   92
          5.  Isotop-isotop adalah atom-atom unsur yang sama. Maka, isotop-isotop mempunyai sifat kimia yang
            sama.
            Sifat fizik isotop seperti ketumpatan, takat lebur dan takat didih adalah berbeza kerana bilangan neutron
            tidak sama.
                                Perbezaan                        Persamaan                Bab         Bab
 Bab
 Bab
 2            •  Nombor nukleon yang berbeza                     •  Nombor proton yang sama           2
              •  Bilangan neutron yang berbeza  Isotop-isotop    •  Bilangan proton yang sama
              •  Sifat fizik yang berbeza        sesuatu         •  Bilangan elektron yang sama
                 kerana bilangan neutron tidak    unsur          •  Susunan elektron yang sama
                 sama                                            •  Bilangan elektron valens yang sama
                                                                 •  Sifat kimia yang sama kerana mempunyai
                                                                    bilangan elektron yang sama


        Menghitung Jisim Atom Relatif bagi Unsur yang Mengandungi Isotop
          1.  Bagi unsur yang mengandungi isotop, jisim atom relatif unsur itu ialah jisim purata semua isotopnya.
          2.  Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghitung jisim atom relatif suatu unsur itu.
             Langkah 1  Kenal pasti semua isotop yang wujud.
             Langkah 2  Kenal pasti kelimpahan setiap isotop.
             Langkah 3  Hitung jisim atom relatif dengan menggunakan formula:

                                 (% isotop 1 ×  jisim relatif isotop 1) + (% isotop 2 × jisim relatif
                                      isotop 2) + (% isotop 3 × jisim relatif isotop 3) + ...
                Jisim atau relatif =
                                                           100
            Nota: Kelimpahan semula jadi ialah peratusan isotop yang wujud dalam suatu sampel semula jadi unsur.


         CONTOH 2.10                                    CONTOH 2.11
          Klorin  mengandungi  dua  isotop  dengan      Bromin mengandungi dua isotop dengan
          kelimpahan berikut.                           kelimpahan berikut.
          Klorin-35, 75% dan klorin-37, 25%             Bromin-79, 50% dan bromi -81, 50%
          Hitung jisim atom relatif klorin.             Hitung jisim atom relatif bromin.

          Penyelesaian                                  Penyelesaian
          Langkah 1  Isotop klorin:  Cl-35 dan Cl-37    Langkah 1  Isotop bromin:  Br-79 dan Br-81
          Langkah 2  Kelimpahan :  75% Cl-35 dan 25%    Langkah 2  Kelimpahan   :  50% Br-79 dan 50%
                                Cl-37                                            Br-81
          Langkah 3  Jisim atau relatif klorin          Langkah 3  Jisim atau relatif bromin
            (% isotop Cl-35 × jisim isotop relatif Cl-35) +   (% isotop Br-79 × jisim isotop relatif Br-79) +
            (% isotop Cl-37  × jisim isotop relatif Cl-37)  =    (% isotop Br-81 × jisim isotop relatif Br-81)
          =
                              100                                           100
            (75 × 35) + (25 × 37)                          (50 × 79) + (50 × 81)
          =                                             =         100
                    100
          = 35.5                                        = 80

                                                                                             27





 02 SPM KIMIA F4.indd   27                                                                    06/02/2020   10:15 AM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26